Isnin, 9 Jun 2025

KAPIR LAKNAT MAKAN BABI TAK CAYA TUHAN


Ratusan ribu rakyat Itali turun ke jalan, bantah perang di Gaza


ROME: Ratusan ribu orang berarak di jalan utama di ibu negara Itali semalam bagi membantah perang di Gaza, dalam satu perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang yang menuduh kerajaan negara itu bersekongkol dalam konflik berkenaan.

Peserta turut membawa sepanduk "Hentikan pembunuhan beramai-ramai, hentikan kerjasama!" yang diangkat di hadapan perarakan, diiringi lautan bendera Palestin berwarna merah, putih dan hijau, bendera keamanan serta papan tanda bertulis "Bebaskan Palestin.

Perhimpunan aman itu menarik kehadiran luar biasa dengan anggaran sekitar 300,000 orang, menurut penganjur.

Perarakan itu bermula dari Piazza Vittorio di pusat bandar Rome dan berakhir di San Giovanni, di mana beberapa pemimpin tampil di pentas untuk mendesak penamatan keganasan serta mengutuk apa yang digambarkan sebagai sikap membisu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Giorgia Meloni.

Ketua Parti Demokratik yang juga dari blok pembangkang utama, Elly Schlein, menyifatkan jumlah kehadiran sebagai "respon rakyat yang amat besar" menolak peperangan berkenaan.

Pergerakan Five Star Movement dan Greens-Left Alliance turut menjadi penganjur utama demonstrasi itu.

"Perhimpunan ini diadakan untuk menyatakan cukup kepada pembunuhan rakyat Palestin, cukup kepada jenayah kerajaan pelampau pimpinan Netanyahu dan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa wujudnya 'Itali yang berbeza'.

"Itali yang tidak membisu seperti kerajaan Meloni. Itali yang mahu keamanan, gencatan senjata segera, pembebasan semua tebusan, bantuan kemanusiaan dan pengiktirafan negara Palestin," kata Schlein kepada wartawan.

Ketua Pergerakan Lima Bintang dan bekas Perdana Menteri, Giuseppe Conte, berkata kehadirannya adalah untuk "tidak bersekongkol dengan genosid" dan menolak sebarang tuduhan anti-Semit terhadap penunjuk perasaan.

Israel kini berdepan tekanan antarabangsa yang semakin memuncak berhubung situasi kemanusiaan yang amat teruk di wilayah Palestin.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Mei lalu bahawa seluruh penduduk Gaza kini berada pada tahap berisiko kebuluran.

Di Itali, Meloni terus ditekan oleh pembangkang untuk mengecam tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, namun kritikannya kekal berhati-hati.

Bulan lalu, Meloni menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza sebagai "semakin tragik dan tidak boleh diterima", serta berkata beliau mengadakan "perbualan yang sering sukar" dengan Netanyahu.

Namun beliau turut menegaskan bahawa "bukan Israel yang memulakan permusuhan."

Ramai peserta hadir dari seluruh pelosok Itali untuk menyertai demonstrasi di ibu negara, termasuk Gabriella Branca, seorang peguam dari Genoa.

"Tak tertanggung rasanya melihat pembunuhan seramai 60,000 orang, termasuk 20,000 kanak-kanak. Kita mesti berkata: cukup!" kata wanita berusia 67 tahun itu kepada AFP.

"Di negara lain, seperti yang kita tahu, protes sudah menarik jutaan orang. Jadi saya harap perhimpunan hari ini di Rome dapat menghantar isyarat kepada seluruh Itali supaya semua rakyat turun ke jalanan, katakan cukup dan yang paling penting cuba mencari keamanan," katanya.


HEBAT CUKUP

HEBAT

AMIN

KAPIR LAKNAT

MAKAN BABI

MINUM ARAK

TAK CAYA TUHAN

TAPI KELUAR

BERDEMO

MENYOKONG

PERJUANGAN

PALESTIN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan