Pisang, Nanas, Rambutan Import Naik 5% Mula 1 Julai
KUALA LUMPUR, 12 Jun 25 – Pengguna di Malaysia perlu bersedia kerana bakal berhadapan peningkatan harga buah-buahan yang diimport bermula 1 Julai depan.
Kementerian Kewangan memaklumkan, cukai 5% dikenakan terhadap semua jenis buah-buahan yang diimport termasuk buah-buahan tropika seperti pisang, nanas dan rambutan.
Buah-buahan tempatan bagaimanapun dikecualikan daripada kadar cukai tersebut.
“Di bawah peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, Cukai Jualan dikenakan ke atas barangan yang dikeluarkan dalam negara serta barangan yang diimport.
“Hasil pertanian yang ditanam di Malaysia bukanlah barangan yang dikeluarkan atau dikilangkan dan oleh itu tidak tertakluk kepada Cukai Jualan.
“Buah-buahan yang ditanam secara tempatan di Malaysia adalah dikecualikan daripada Cukai Jualan,” kata kenyataan itu. @politiko.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan