SIKAPA JELAS
MAT SABU
KENYATAAN MEDIA
ISRAEL SEMAKIN GILA KUASA.
Tak cukup mengebom Gaza saban hari, tak cukup menodai Al-Aqsa setiap minggu, kini Israel melebarkan angkuhnya ke Tehran pula. Kononnya atas nama keselamatan. Kononnya ‘serangan pencegahan’. Tapi dunia tahu – ini bukan soal pertahanan. Ini soal penyelewengan kuasa.
Israel semakin berlagak sebagai polis dunia, pendakwa, hakim dan algojo dalam satu badan. Dan dunia Arab? Masih pura-pura pekak, buta, bisu. Bila Iran bertindak – mereka ‘ancaman’. Bila Israel menyerang – mereka ‘menjaga kestabilan’. Double standard yang menjijikkan.
Parti Amanah Negara mengecam sekeras-kerasnya serangan pengecut ini. Ya – pengecut. Sebab hanya pengecut yang serang dari langit, bunuh dari jauh, tapi takut bila rakyat bersatu melawan kezaliman.
Kepada rejim Zionis: Kezaliman mungkin tampak gagah hari ini, tapi ingat – angin perubahan tidak pernah berhenti. Semakin ramai umat manusia yang sedar siapa sebenarnya penjajah, siapa sebenarnya pengganas.
Dan kepada dunia: Jangan tunggu sampai bom jatuh di atas kepala sendiri baru mahu bersuara. Keamanan tidak datang dari tunduk pada penindas – ia datang bila kebenaran ditegakkan, walau berdepan kuasa sebesar mana.
MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara
13 Jun 2025

Hoi Hoi Ya Hoi...selesaikan isu telo ayam dan beras tempatan dulu syiah syial, sebelum berkokok pasal Yahudi dan Parsi...
BalasPadam