Jumaat, 27 Jun 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 27 JUN 2025

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ARAB


CUKAI CUKAI CUKAI
 Lagi 5 hari cukai SST untuk buah import akan naik kecuali apple dan oren. Tapi banyak lagi buah yang akan kena cukai.

Dalam masa yang sama gua di fahamkan harga leterik juga akan naik.

Gua juga di fahamkan akan ada E-Invoice – sistem cukai baru untuk jual beli.

Dalam masa yang sama  - apa jadi dengan TARIFF  TRUMP. Apakah dah sampai masa MALAYSIA  akan di kenakan tariff.

Nampaknya belanja bulanan gua akan naik. Kali ini gua akan rasa. Dulu gua tak rasa. Tapi bila buah kena cukai gua PASTI rasa. Ini kerana gua ke pasar memang untuk beli buah. Gua akan beli 4 ke 5 jenis buah. Sekarang Kiwi dah naik 4 biji 10 ringgit. Delima 6 ringgit sebiji. Cherry   18 seberkas.  Bila kena cukai lagi naik.

Mangga Water Lily boleh dapat 3 kilo 10 ringgit. Betik antara 4 – 5 ringgit sekilo. Tembikai 4 ringgit sekilo – ini juga buah import.

Berapa sekilo harga avokado ? Jeng jeng jeng.

Buah Tanah Melayu bermusim. Buah import datang dari  dua wilayah. Bila utara musim sejuk ada buah dari  Australia dan Afrika Selatan.  Bila Selatan sejuk ada buah dari China, Sepanyol dan jepun. Maknanya sepanjang tahun kita boleh ada apple dan oren.

MINYAK RON BILA NAK NAIK?
Jeng jeng jeng. Semua menunggu. Ini pukulan  lebih berat dari cukai. Bila minyak naik semua barang akan naik harga. Jenge jeng jeng.

CUKAI SENJATA UNTUK MENGHASUT
Bila rakyat kena cukai inilah masanya  kita senang menghasut benci daan   lawan kerajaan Madani Anak  Beranak. Gunakan cukai  sebagai umpan untuk membenci kerajaan. Jangan lepaskan peluang ini.  AMIN

ISRAEL
Yahudi Zionis Blackrock tutup semua jalan masuk ke Gaza yang diguna untuk hantar bantuan makanan.

AMERIKA
Kah kah kah... LAWAK TRUMP ... tentang  bom berjaya masih panas. Semakin ramai mempertikaikan kejayaan memusnahkan fasilitas nuklear Iran.

IRAN
Ayatollah Khamenei  berkata Iran akan membalas jika Amerika mengebom Iran sekali lagi.

AMERIKA
Trump sahkan perjanjian perdagangan antara Amerika-China. Apa isi belum di ketahui.

SIAM
Negara ini buat peraturan baru untuk penggunaan Ganja.

HOKKIEN
Pagi ini cerah kering. Matahari dah muncul cahaya lembut. Langit pucat  tak indah. KL & KL Sentral berjerebu.

Wow  Tekukur loncat meloncat di tepi jalan. Gua ternampak seekor Merbah. Dalam sawah rumput Pipit sedang kenduri. Ada banyak kumpulan. Ada kumpulan kecil dua tiga ekor. Ada 10 ke 15 ekor. Ada kumpulan besar 20 le 40 ekor.  Chip chip chip.

Gua yakin hari akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit.  Gua ke pasar hari ini. ESOK SABTU GUA NAK TURUN BERDEMO.

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
Di PAGI JUMAAT

Cik Baba sibuk mencari bini
Bini menyorok di dalam peti
Cukai di naik sana sini
Rakyat marah  tak puas hati

Kaki ayam pakai terompah
Pergi kedai membeli kasut
Bila rakyat marah menyumpah
Masa terbaik untuk menghasut

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

2 ulasan:

  1. Kah kah kah DNA Siam pun bangang juga...kena tipu...kena khianat...kena kencing..bukan je dgn org palatahik, tp dgn Tuhan.

    Katanye..kalau isap ganja, ko boleh buka third-eyes..tp kenapa korang jadi bangang, tukar dan pileh undi iblis yg hasad , sentiasa cari jalan halang korang mencapai nirvana.

    Tak faham lagi le, kenapa haram ganja tapi tak halalkan arak?

    Tak faham lagi, pergi cek saper tokeh kilang arak tu...berapa dia bagi derma lat sekolah China..bukan sebijik sekolah, bahkan beratus2.

    Nak halal ganja pun buat yg sama, tokan ganja kena derma kat sekolah2 China..

    BalasPadam
  2. pak syieh jilat buah naga
    Cik usop pula dijilat dilehernya
    cukai naik disini sana
    rakyat bagi madafaka

    kah kah kah

    BalasPadam