Jumaat, 13 Jun 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 13 JUN 2025

JENG JENG JENG

FRIDAY THE 13


CUKAI SST
Wow cukai ini sedang berjalan. Pada 1 Julai ini semua buah-buah yang di import dari luar negara kena cukai 5%. Jeng jeng jeng. Wow ! Yang ini – hal buah import – gua pasti terkena.

Tiap minggu gua di Pasar Chow Kita akan beli buah – banyak yang datang dari Siam. Mangga segala jenis, longan, lycee, anggur, kiwi , delima.... wow bajet gua pasti naik meledak.

RON 95
Bila minyak ini naik kita lagi parah.  Harga bahan barang akan naik.

MAKAN BURUNG
Pagi ini  gua sembang dengan Abang Pantai Dalam. Dia datang awal pagi ke Hokkien. Dia bawa 2 ekor Burung Balam. Ini hobi dia mendengar suara Balam lawan berlawan.

Dia pelihara banyak Balam – dan mengikut Abang ini dulu satu kilo makanan 70 Ringgit sekarang dah naik jadi 120 Ringgit. Berat.

MAT MOHONG
Kali ini semua tangan menunjuk pada Mat Mohong yang klim  sebagai Menteri Kewangan Terbaik.... kah kah kah terbaik  lanchau ...kah kah kah.

IRAN
Zionis Israel serang Iran. Fasiliti nuklear Iran di Nantaz jadi sasaran. Berbelas tempat lian telah di bom. Sasaran untuk memusnahkan makmal selidikkah nuklear Iran.

INDIA
Pesawat Air India jatuh terhempas. Seramai 241 tewas. Seorang warga UK selamat. Ini berlaku di lapangan terbang Ahmedabad.

INDONESIA
Projek tambak laut di Pulau Jawa di lancar. Projek bernilai 80 bilion dolar ini  bermula di sepanjang pantai utara Pulau Jawa.

AUSTRIA
Sekolah diserang oleh bekas pelajar. 10 murid termasuk guru mati. Di Austria ada 8 juta penduduk. Dan ada 1 juta pistol dan senapang di miliki oleh warga.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Mata hari bersinar lemah. KL & KL Sentral cerah.  Langit agak pucat berawan putih.

Di pintu masuk terdengar Tekukur bersuara kuat dari atas bukit.   Dalam sawah rumput suara Pipit chip chip chip – bunyi ramai tapi badan tak nampak.
Gua nampak seekor Warga Asal Hokkien. Dia berjalan seorang diri – ini jelas  dari kumpulan TERBUANG.  Dia tidak menyalak hanya memerhati Tak Tak dan Ezi.

Ha ha ha  ramai betul Tiong berkumpul di sekeliling 3 Abang Potong Rumput. Ini betul-betul lubuk rezeki. Rumput di potong belalang dan ulat lari. Rezeki untuk Tiong.

Di jalan pulang dekat pintu masuk gua terdengar siulan Murai. Bila murai bersiul  pagi ini jadi indah.

Gua harap akan sampai Hujan Rahmat – hari ini hari Friday The  Thirteen.  Guan bukan menunggu Freedy tapi menunggu  Hujan Rahmat. Amin.


BRO
SENYUM SENYUM
DI PAGI JUMMAT

Hari Raya   main mercun
Buah manggis buah mempelam
Cukai SST Sama Sama Terjun
Harga naik Sama Sama Tenggelam 

Pasir berkuak di rumah Cik Non
Ambil kertas buat kajang
Rakyat muak dengan Madanon
Masa dah sampai untuk diterajang

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEJUMAAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan