PAGI INI
PAGI INI
RABU 11 JUN 2025
RAYA ADA LAGI KE ?
MENUNGGU HARGA RON 95 NAIK
Wow lama betul kita menunggu. Saspens. Tegang. Risau. Dulu harga gas masak naik. Kemudian di tarik kembali kah kah kah.
Apa yang jelas ialah ekonomi kita sedang kena pukul.
BETUL ke kita akan jual harta kita di London ?
Jika ini betul sah ini maknanya hari ini kita kureeeng duit. Pendapatan merosot.
Harga minyak sawit jatuh ke ? Harga minyak petrol jatuh ke ? Jeng jeng jeng.
HARGA BAHAN MAKANAN
Betul naik. Kemarin kawan gua makan mee goreng ayam. Dulu harga 9 ringgit. Kemarin harga 11 ringgit. Gua bawa teh hijau dari rumah. Gua hanya minum teh hijau. Kedai tak ada jual teh jenis ini. Maka gua selalu minta air panas. Ada tempat kenakan 50 untuk air panas. Jeng jeng jeng.
Sekarang kalau berdua makan di warung Tom Yam – pasti 30 ringgit ke atas. Wow... bagaimana agaknya emak dan ayah yang berpendapatan rendah – berat berat berat. Amin
AMERIKA
Kota Los Angeles di Carlifornia di umum sebagai kawasan darurat – kerfew berjalan. Ini kerana pendatang haram merusuh.
ISRAEL
Kapal aktivis NGO Freedom Flotilla yang mahu hantar makanan ke Gaza di tahan. Para aktivis di tangkap dan di hantar pulang. Aktivis Greta Thunberg di hantar pulang ke Sweden
IRELAND UTARA
Demo dan rusuhan berlaku. Masuk malam ke dua. Ini berlaku bila dua PENDATANG cuba merogol anak gadis Bumiputera. Warga Bumiputera marah lalu mengamuk.
ISREAL
Dua menteri Israel di kenakan SEKATAN . Salah seorang ialah Ben -Gvir ekstremis menteri Pertahanan Israel.
SWEDEN
Greta Thunberg berkata para aktivis dari kapal Freedom Flotila tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mereka hanya mahu menghantar bantuan ke Gaza.
UK
Perundingan China-Amerika tentang TARIFF masih berjalan di London. Kelihatan persetujuan akan di capai
HOKKIEN
Pagi ini kering segar. Matahari belum kelihatan. Langit berawan Puteh pucat. KL & KL Sentral cerah hujan dan angin kuat membersih jerebu.
Tekukur menyambut dari bukit kiri dan bukit kanan. Suara agak kuat. Tiong loncat meloncat mencari rezeki di kawasan rumput yang sedang di potong. Tiga Abang pemotong rumput sedang bekerja.
Gua yakin hari ini akan panas. Gua juga berharap Hujan rahmat akan sampai di waktu petang.
Tak Tak dah menjalar di balkoni menunggu cahaya matahari. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU
Beli beras timbang kati
Beras lama di makan ulat
Pekerja Petronas kena berhenti
Tanda ekonomi makin palat
Berhari raya di rumah Cik Roslan
Datang bersama anak bini
Rakyat bersatu turun ke jalan
Kita tendang kerajaan Madani
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA

Nak tanggung berapa ramai ? Yang pasti 222 ekor itu tanggung semua, kena bagi gaji kena bagi elaun tidur, kena bagi elaun ponteng, tambah Munkee berapa ekor menyusahkan saja, tambah lagi puak puak free loader yang kaya sakan, sedikit tidak malu ambil duit orang susah kah kah kah tambah 1.6 juta jawat awam, tambah golongan pencen setiap bulan kena keluar berjalan makan minum mereka semua kah kah kah minyak habis Boss kah kah kah lepas itu tambah golongan pencuri perompak negara dengan penjara jangan lupa nak tanggung makan minum berak kereta ulang alik ke mahkamah susah tanggung segala emak bapak sekalipun kah kah kah
BalasPadampantun yang bagus..
BalasPadam