Khamis, 5 Jun 2025

RAKYAT MALAYSIA BOLEH LAWAT AMERIKA




Trump tandatangani larangan perjalanan sasar 12 negara

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam menandatangani larangan perjalanan yang menyasarkan 12 negara, dengan menyatakan ia didorong oleh insiden serangan terhadap protes Yahudi di Colorado pada Ahad lalu.


Larangan itu yang sangat menyerupai langkah seumpama diambilnya ketika kali pertama memegang jawatan Presiden AS sebelum ini, menyasarkan warga Afghanistan, Myanmar, Chad, Republik Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan serta Yaman.


Selain itu, Trump mengenakan larangan separa terhadap pengembara dari tujuh negara lagi membabitkan Burundi, Cuba, Laos, Sierra Leone, Togo, Turkmenistan dan Venezuela.


Rumah Putih memaklumkan bahawa kedua-dua larangan baharu itu akan berkuat kuasa mulai 9 Jun ini.

"Serangan di Boulder, Colorado, baru-baru ini, menunjukkan ancaman bahaya ekstrem terhadap negara kita dengan kemasukan warga asing yang tidak disaring dengan betul.


"Kita tidak inginkan mereka," kata Trump dalam satu rakaman video mesej dari Pejabat Oval yang dimuat naik dalam X.


Trump turut membandingkan tindakan terkini itu dengan larangan dikenakan pada penggal pertama pentadbirannya sebelum ini terhadap sejumlah sasaran yang kebanyakan adalah negara Islam, di mana beliau mendakwa bahawa ia berjaya mengelak AS daripada mengalami serangan sebagaimana berlaku di Eropah.


"Kita tidak akan membenarkan apa yang berlaku di Eropah, berlaku di Amerika.


"Kita tidak boleh terbuka kepada migrasi dari mana-mana negara yang kita tidak dapat saring serta periksa dengan selamat dan boleh dipercayai.


"Itulah sebabnya pada hari ini (semalam), saya menandatangani satu perintah eksekutif baharu yang mengenakan sekatan perjalanan terhadap negara-negara termasuk Yaman, Somalia, Haiti, Libya dan banyak lagi," kata Trump.


Cakap-cakap mengenai larangan perjalanan yang baharu itu telahpun berlegar susulan kejadian serangan di Colorado, manakala pentadbiran Trump berikrar untuk memburu mereka didakwa sebagai 'pengganas' yang tinggal di AS dengan menggunakan visa.


Dalam insiden di Colorado pada Ahad lalu, suspek dikenali sebagai Mohammed Sabry Soliman didakwa melontar bom api dan menyembur petrol terbakar ke arah sekumpulan individu yang berhimpun untuk menyuarakan sokongan kepada tebusan Israel yang berada dalam tawanan Hamas.


Pegawai Keselamatan Dalam Negeri AS berkata, Soliman berada di negara ini secara haram kerana tinggal melebihi masa visa pelancong, namun lelaki itu sudah memohon suaka pada September 2022.


"Presiden Trump memenuhi janjinya untuk melindungi rakyat AS daripada warga asing berbahaya yang ingin datang ke negara kita dan mendatangkan ancaman terhadap kita.


"Sekatan wajar ini memfokus negara khusus dan meliputi tempat yang kekurangan saringan sepatutnya, mencatat kadar tinggal melebihi masa visa yang tinggi, atau gagal kongsi identiti serta maklumat ancaman," kata Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Abigail Jackson, melalui X.


Dalam satu lagi pengumuman berasingan, semalam, Trump turut mengisytiharkan larangan visa untuk pelajar asing yang dijadual memulakan pengajian di Universiti Harvard.

WOIT

MALAYSIA TAK

MASUK DALAM

SENARAI

AMIN

TAPI PELIK

KENAPA NIGERIA

TAK MASUK JUGA

KAH KAH KAH

INI WAJIB MASUK

KERANA KAKI

SCAM

KAH KAH KAH

AMIN 

2 ulasan:

  1. Rakyat mana mampu sangat? Kah kah orang politik mampu sebab rakyat tanggung kos tiket kapal terbang sampai dia berak di USA woit ramai tidak sedar lagi rakyat tanggung segala emak bapa karenah orang politik kita bagi gaji bagi elaun kemudian menyusahkan rakyat balik kah kah kah

    BalasPadam
  2. tak payah nak ketawakan orang. cuba TT mohon visa pelancong. kalau dapat, TT boleh cakap besar.

    BalasPadam