Isnin, 2 Jun 2025

SAPA PANAS PUNGGUNG DALAM PKR ?



Tengku Zafrul lompat parti, ramai pemimpin PKR panas punggung

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),  Tengku Zafrul Abdul Aziz yang bertindak keluar  UMNO dan memohon menyertai PKR tanpa meletakkan jawatan dalam Kabinet dipersoalkan.

Wartawan veteran,  A. Kadir Jasin menyifatkan tindakan Tengku Zafrul itu menimbulkan persoalan moral dan memberi kesan politik yang besar kepada Kerajaan Perpaduan.

Tambah Kadir, tindakan melepaskan jawatan sebagaimana dilakukan oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Ahmad lebih bermaruah kerana dilakukan atas prinsip perjuangan dan ketidaksefahaman dengan hala tuju parti, namun mereka tetap kekal dalam PKR.

“Maruah kerana kalah pemilihan dan perjuangan kerana berasa PKR tidak lagi mengutamakan idealisme reformasi.

“Bolehlah kita andaikan yang Rafizi dan Nik Nazmi cukup yakin mereka tidak ada masalah macam itu. Maksudnya tidak ada bukti untuk diperas ugut atau digertak.

“Tengku Zafrul pula umum keluar UMNO dan minta sertai PKR. Tetapi tidak macam Rafizi dan Nik Nazmi, Tengku Zafrul tidak meletak jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),”  tulisnya, hari ini.

Dalam masa sama, Kadir turut memuji keberanian Rafizi dan Nik Nazmi yang jelas yakin tidak terpalit isu integriti.

Sebaliknya, beliau mempertikaikan tindakan Tengku Zafrul yang masih mengekalkan jawatan menteri selepas keluar UMNO.

“Sepatutnya, atas dasar moral, beliau wajib meletak jawatan kerana jawatan itu diperoleh sebagai ahli UMNO dan mewakili parti tersebut,” katanya.

Kadir turut membangkitkan spekulasi tindakan Tengku Zafrul dibuat berdasarkan kepentingan politik peribadi, dengan kemungkinan diatur untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Ia jelas Kadir menyebabkan ramai pihak panas punggung dan tidak boleh duduk diam.

“Ini menyebabkan beberapa pihak dalam PKR, termasuk Menteri Besar yang ada sekarang, Datuk Seri Amirudin Shari, kepanasan dan menafikan spekulasi itu.

Dalam pada itu, Kadir menyifatkan tindakan lompat parti ini sebagai menyumbang kepada ketidakstabilan politik dan memperlihatkan kesan kepada amalan demokrasi negara.

Malah katanya, ia berlaku ketika kerajaan sedang berusaha memperkukuh undang-undang anti-lompat parti.

“Tengku Zafrul sendiri bukanlah tangkapan besar bagi PKR. Sebaliknya membantu meringankan beban UMNO memandangkan banyaknya cerita campur tangan luar bersabit kemasukan beliau dalam politik dan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan pada tahun 2020.

“Walaupun beliau masuk UMNO dan dilantik menjadi Senator dan seterusnya Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri “kerajaan tebuk atap” Muhyiddin Mohd Yassin, namun “adventure” politik beliau tidaklah cemerlang.

“Beliau kalah Pilihan Raya Umum 2022 di tangan Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Amanah) tetapi menang pertandingan Majlis Tertinggi Umno tahun 2023.  Imej beliau pun tidaklah secemerlang mana dalam dunia korporat. Beliau terkenal sebagai pelompat jawatan,” kata Kadir lagi.

Apapun, katanya, tindakan Tengku Zafrul memilih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada UMNO dan menawarkan diri kepada PKR berlaku hampir serentak dengan peletakan jawatan Kabinet oleh Rafizi dan Nik Nazmi menyebabkan banyak orang nampak ada udang di sebalik batu dalam tindakan beliau itu. – 

KAH KAH KAH

PASAI APA

DALAM PKR

RAMAI PANAS

 PUNGGUNG

KAH KAH KAH

 HAL PANAS

PUNGGUNG NI

WAJIB TANYA

PADA SAIPOL

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan