Rabu, 11 Jun 2025

SATU JAWAPAN - ANGKAT SENJATA LAWAN



Penubuhan negara Palestin bukan lagi matlamat dasar Washington - Duta AS


WASHINGTON: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Israel, Mike Huckabee menyatakan beliau tidak percaya penubuhan negara Palestin masih menjadi matlamat dasar luar Washington.

Bagaimanapun Jabatan Negara menegaskan itu pandangan peribadi yang disuarakan Huckabee dan Rumah Putih perlu merujuk kepada kenyataan terdahulu Presiden Donald Trump yang meragui penyelesaian dua negara.

"Saya tidak fikir begitu," kata Huckabee dalam temu bual bersama Bloomberg News yang disiarkan semalam, ketika ditanya sama ada penubuhan negara Palestin kekal sebagai matlamat dasar AS.

Ditanya mengenai ulasan Huckabee itu, Rumah Putih merujuk kepada ucapan Trump awal tahun ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza yang syor itu dikecam hebat oleh kumpulan hak asasi, negara Arab, rakyat Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu bentuk 'pembersihan etnik'.

Rumah Putih turut memetik kenyataan Trump pada tahun lalu, sebelum memenangi pilihan raya 2024, apabila beliau dilaporkan berkata, beliau tidak pasti penyelesaian dua negara masih boleh dilaksanakan.

"Saya tidak pasti penyelesaian dua negara masih boleh dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun Jurucakap Jabatan Negara, Tammy Bruce, enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada kenyataan Huckabee itu mencerminkan perubahan dasar AS.

Namun beliau menegaskan penentuan dasar adalah tanggungjawab Presiden dan Rumah Putih.

"Saya tidak akan menjelaskannya atau memberikan sebarang ulasan. Beliau jelas bercakap bagi pihak dirinya sendiri," katanya kepada wartawan.

Huckabee, seorang Kristian evangelikal, adalah tokoh konservatif pro-Israel tegar.

"Melainkan berlaku perubahan besar terhadap budaya (masyarakat Palestin), tiada ruang untuk (penubuhan negara)," katanya dalam wawancara itu sambil menambah, perubahan sedemikian mungkin tidak berlaku 'dalam hayat kita'.

Ketika penggal pertamanya, Trump dilihat agak dingin terhadap penyelesaian dua negara, satu asas utama dasar AS di Asia Barat sejak sekian lama.

Namun, setakat ini beliau belum memberikan gambaran jelas mengenai pendiriannya dalam pentadbirannya sekarang.

Huckabee pula mencadangkan agar sebidang tanah diperuntukkan daripada sebuah negara Islam lain dan bukan memaksa Israel melepaskan wilayahnya.

"Adakah ia wajib berada di Judea dan Samaria?" soal Huckabee yang merujuk kepada nama dalam kitab suci yang digemari kerajaan Israel bagi merujuk kawasan Tebing Barat yang diduduki yang juga tempat tinggal kira-kira tiga juta rakyat Palestin.

Huckabee, bekas gabenor Arkansas, terkenal sebagai penyokong tegar Israel sepanjang kerjaya politiknya dan menjadi pembela lantang terhadap penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Trump, ketika menjadi Presiden, melaksanakan dasar yang sangat memihak kepada Israel dan pelantikan Huckabee sebagai duta dilihat sebagai petanda dasar itu akan diteruskan dalam penggal keduanya.

AS sejak beberapa dekad lalu menyokong penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin, yang merangkumi penubuhan sebuah negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza yang wujud di samping Israel.

Pertumpahan darah terkini dalam konflik puluhan tahun antara Israel dan Palestin tercetus pada Oktober 2023, apabila pejuang Hamas menyerang Israel hingga ia mengorbankan kira-kira 1,200 orang dan menawan sekitar 250 tebusan, menurut sekutu Israel.

Sebagai tindak balas, sekutu AS itu melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza yang telah mengorbankan hampir 55,000 penduduk Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, selain menyebabkan hampir keseluruhan penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal serta mencetuskan krisis kebuluran.

Serangan itu juga mengundang dakwaan jenayah genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) serta dakwaan jenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Israel bagaimanapun menafikan segala tuduhan itu.

HANYA SATU

JAWAPAN

ANGKAT SENJATA

DAN LAWAN

AMIN

AL- FATAH & PLO

YANG BELOT

KUBURKAN

BERSAMA ISRAEL

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan