Ahad, 15 Jun 2025

SAUDI KATA BETUL



Riyadh percaya Israel cuba heret AS dalam konflik dengan Iran

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkata Riyadh percaya rejim Israel sedang berusaha memperdalam konflik mereka dengan Iran dengan cuba menyeret AS, lapor Agensi Berita Republik Islam (Irna).

Dalam perbualan telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam Mohammed menyatakan keyakinan bahawa Tehran akan bertindak secara bijaksana dan menggagalkan matlamat Tel Aviv.

“Hari ini, seluruh dunia Islam bersatu menyokong anda,” kata Mohammed kepada Masoud.

Menurut Masoud dia berusaha untuk memperkukuh keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau terbabit sejak hari pertama pentadbirannya, namun Israel sentiasa mahu menggagalkan usaha tersebut setiap kali ia hampir mencapai kejayaan.

Dia turut menyuarakan harapan agar Iran dan Arab Saudi dapat bekerjasama mewujudkan ketenangan di Timur Tengah.

Serangan rejim Israel ke wilayah Iran bermula pada malam Jumaat, menyasarkan sistem pertahanan udara serta kemudahan tenaga nuklear negara berkenaan dalam gelombang serangan pertama.

Beberapa pegawai kanan tentera Iran turut menjadi sasaran.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, segera mengumumkan bahawa Washington tidak terlibat dalam serangan itu.

Iran melancarkan serangan balas ke dalam wilayah diduduki Israel, termasuk Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.

Terbaru, ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran menjadi sasaran rejim Zionis awal pagi tadi 

PANDANGAN

DARI SAUDI

INI BETUL

AMIN

ISRAEL MAHU

AMERIKA MASUK

SERANG IRAN

AMIN

INI KERANA

TENTERA ISRAEL

TAK UPAYA

LAWAN IRAN

SENDIRIAN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan