SURAT ANAK
MUDA YANG
DI ZALIMI
Yang Arif, saya tidak bersalah.
YA, nama saya Muhammad Yusoff Rawther, saya berumur 31 tahun. Saya adalah seorang atlet CrossFit dan merupakan generasi keempat daripada sebuah keluarga yang telah lama bertapak. Hidup saya berkisar kepada keluarga, kerja dan latihan. Ia tidak pernah lari daripada itu. Saya tidak pernah terlibat dalam sebarang kegiatan haram, apatah lagi melakukan jenayah sepanjang hidup saya.
Saya telah difitnah tanpa alasan oleh pihak yang berkuasa dan didakwa secara zalim. Kempen zalim dan sewenang-wenangnya ini adalah satu bentuk tindakan kejam terhadap seorang rakyat Malaysia yang tidak bersalah.
YA, pertuduhan yang direka sepenuhnya ini adalah satu bentuk balas dendam terhadap saya kerana berani menyatakan kebenaran. Saya telah ditangkap seminggu selepas memfailkan senarai saksi dalam saman sivil saya terhadap Anwar Ibrahim atas dakwaan serangan seksual ke atas saya. Saya telah dinafikan hak perlembagaan, dan kini dilayan seperti banduan, dipenjara dalam tahanan reman – saya adalah rakyat Malaysia pertama yang dikurung secara pengasingan di Blok A (BA) kononnya demi keselamatan saya.
Tekanan emosi dan beban mental yang saya tanggung adalah amat dahsyat dan memudaratkan. YA, saya tidak bersalah. Saya telah mengalami penderaan seksual oleh individu yang suatu ketika dahulu saya hormati. Saya telah dipukul, dicederakan, diugut akan dijebak dan dibunuh, difitnah, diburu dan diganggu selama lebih dua tahun, dan kini saya pula telah dikenakan pertuduhan palsu.
YA, Mahkamah yang mulia ini mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menggunakan kuasa yang ada bagi melindungi saya daripada kezaliman pengecut ini. YA, kewujudan kita dalam sistem ini adalah demi menegakkan keadilan. Maka, menangguhkan keadilan adalah satu bentuk penafian keadilan.
Mahkamah yang mulia ini, dengan kebijaksanaan yang tidak ternilai, mesti mengutamakan pencapaian keadilan melebihi kepatuhan kaku terhadap sistem birokrasi yang membelenggu.
Dengan semangat itu, YA, saya merayu dengan rendah hati dan tegas, agar Mahkamah yang mulia ini memulakan perbicaraan dengan segera dan memberikan saya keadilan sekarang. Segala yang kurang daripada itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak adil.
Terima kasih, Yang Arif.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan