Fahmi Perlu Dedah Surat Minta Syarikat Telco Serah Data, Kata Isham Jalil
KUALA LUMPUR, 10 JUN 25 – Menteri Konunikasi Fahmi Fadzil digesa mendedahkan surat yang diserahkan kepada syarikat telekomunikasi berhubung laporan kerajaan meminta syarikat-syarikat berkenaan menyerahkan data pengguna mereka.
Bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil berkata, pendedahan surat itu perlu bagi mengenalpasti pihak yang berbohong.
“Kalau ikut laporan South China Morning Post (SCMP) dia kena bagi data kamu proses itu lagi teruk. Kamu nak pakai untuk apa, pelancong atau pilihan raya, siapa yang cakap bohong, kamu atau SCMP bohong.
“Untuk kita tengok siapa bohong, kamu kena dedahkan kepada rakyat surat itu. Nak tahu sama ada SCMP betul atau kamu betul, dedahkan atau tunjuk surat itu. Kalau SCML cakap tak betul, kamu cuma minta statistik atau trend, tunjuk surat ini, kalau tak betul kamu saman dia,” kata Isham Jalil, dalam kenyataan video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.
Lebih memburukkan keadaan, Isham berkata sebelum ini terdapat laporan kebocoran data rakyat dan dijual di pasaran gelap.
Sebelum ini SCMP ada laporan kebocoran data peribadi rakyat, daripada server kerajaan 22.5 juta rakyat, nombor IC (kad pengenalan), alamat rumah, gambar, bocor dan dijual di pasaran gelap. Sekarang nak telco beri kamu data data ini,” tegasnya.
Isham berkata demikian sebagai respons terhadap laporan terdapat proses pengumpulan data projek perintis yang sedang berjalan, yang melibatkan pengumpulan data telefon mudah alih yang telah dinyahidentiti untuk tujuan statistik rasmi.
Inisiatif tersebut dilaksanakan susulan kelulusan kertas cadangan bertajuk Projek Data Raya Nasional: Data Telefon Mudah Alih yang dibentangkan kepada Kabinet oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah bidang kuasa Menteri Ekonomi. @politiko.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan