Isnin, 2 Jun 2025

ZIONIS BLACKROCK TEMBAK MATI WARGA LAPAR




Tentera Israel tembak orang awam sekitar pusat agihan bantuan, puluhan maut di Gaza

ANKARA: Sekurang-kurang 30 rakyat Palestin terbunuh, manakala lebih 150 lagi cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang awam yang sedang mendapatkan bantuan di Al-Mawasi, barat Rafah di selatan Semenanjung Gaza, hari ini, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut saksi, orang ramai berkumpul sejak awal pagi di pusat agihan bantuan 'Yayasan Kemanusiaan Gaza.'

Ketika mereka menghampiri kawasan itu, kenderaan tentera Israel melepaskan tembakan dan dron dilapor menggugurkan bahan letupan, sekali gus mengakibatkan jumlah korban yang besar.

Sumber perubatan mengesahkan sekurang-kurang 30 mayat serta puluhan mangsa cedera dihantar ke Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis dan hospital medan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di bandar berkenaan.

Dalam laporan awal, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa seramai 179 mangsa dibawa ke hospital tempatan, termasuk 21 yang disahkan maut.

Menurutnya, lima mangsa pula tidak menunjukkan tanda masih hidup dan 30 lagi berada dalam keadaan kritikal setelah tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berkumpul di pusat agihan bantuan di kawasan Al-Alam, Rafah.

Seorang pegawai perubatan menyifatkan keadaan di kawasan agihan bantuan itu sebagai 'amat berbahaya', sambil memaklumkan bahawa ambulans sukar sampai ke lokasi untuk membantu mangsa berikutan tembakan berterusan. Malah, sebahagian mangsa terpaksa dibawa keluar dengan menggunakan kereta sorong.

Pada masa sama, tentera Israel turut melepaskan tembakan ke arah orang awam yang mendekati sebuah lagi pusat bantuan disokong Amerika Syarikat (AS) berhampiran koridor Netzarim di tengah Gaza.

Sumber perubatan di Hospital Al-Awda di kem Nuseirat mengesahkan sekurang-kurang seorang rakyat Palestin maut, manakala 20 lagi cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai berhampiran pintu masuk kem Al-Bureij.

Menurut Pejabat Media Kerajaan di Gaza, hari ini, Israel menjadikan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang secara sistematik dan berniat jahat bagi memeras ugut orang awam yang kebuluran serta memaksa mereka berkumpul di kawasan terbuka yang terdedah kepada serangan maut.

Jumlah korban pada hari ini menjadikan angka rakyat Palestin yang terbunuh di lokasi agihan bantuan, kini mencecah 39 mangsa dalam tempoh kurang seminggu, manakala lebih 220 lagi cedera, menurut kiraan Anadolu berdasarkan sumber Palestin.

Inisiatif bantuan AS bawah nama 'Yayasan Kemanusiaan Gaza' yang dilancarkan kira-kira seminggu lalu, menerima kritikan meluas daripada komuniti Palestin dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa.

Banyak pihak mempersoalkan motif di sebalik projek itu yang beroperasi di luar kerangka bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta gagal memenuhi piawaian kemanusiaan antarabangsa.

Sejak 2 Mac lalu, Israel terus menutup semua lintasan sempadan, sekali gus menyekat kemasukan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan keperluan asas kepada lebih 2.4 juta penduduk di Gaza.

Sejak melancarkan serangan ketenteraan ke atas Gaza pada Oktober 2023, Israel sudah membunuh hampir 54,400 rakyat Palestin yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.

Agensi bantuan kemanusiaan turut memberi amaran mengenai risiko kebuluran yang semakin memburuk di wilayah itu.

NEGARA ARAB

NEGARA KLIM

ISLAM 

HANYA MELOPONG

TENGOK

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan