Pembangkang tetap gesa Anwar cuti, PM interim ambil alih
PN kekal dengan desakan agar Perdana MenteriAnwar Ibrahim, mengambil cuti sementara berikutan kebimbangan mengenai campur tangan dalam pelantikan kehakiman — meskipun Istana Negara telah memberi amaran agar isu tersebut tidak dipolitikkan.
Namun begitu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata desakan itu sejajar dengan kenyataan Istana yang menekankan pelantikan hakim perlu ditangani dengan cermat dan berintegriti.
Hamzah berkata dia setuju dengan penegasan pihak Istana bahawa mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim akhirnya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Bagaimanapun, katanya, Anwar perlu memberi laluan kepada seorang perdana menteri interim kerana dia mempunyai konflik kepentingan berikutan penglibatan dalam beberapa saman sivil.
"Sehubungan itu, adalah disarankan agar Perdana Menteri mengambil cuti dan seorang Perdana Menteri Interim dilantik untuk menjalankan tanggungjawab, khususnya di bawah Perkara 122B," kata Hamzah.
Katanya, langkah itu akan membantu mengelakkan sebarang prasangka terhadap proses pelantikan kehakiman serta persepsi awam bahawa perdana menteri mempunyai pengaruh dalam melantik hakim yang mungkin akan mengadili kes-kes melibatkan dirinya.
Salah satu kes utama melibatkan Anwar adalah saman sivil yang dikemukakan oleh bekas pembantunya, Yusoff Rawther yang menuduh perdana menteri melakukan gangguan seksual.
Amaran daripada pihak Istana hari ini hadir dalam suasana tekanan awam yang meningkat untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan kehakiman, serta tuduhan bahawa seorang hakim kanan telah mencampuri urusan badan kehakiman.
Desakan untuk menubuhkan RCI itu dimulakan oleh ahli-ahli parlimen PKR yang diketuai oleh Rafizi Ramli dan telah disambut oleh Badan Peguam Malaysia yang merancang untuk mengadakan perarakan pada Isnin hadapan bagi mendesak penubuhan suruhanjaya tersebut.
Dalam perkembangan lain, PN sedang menganjurkan siri himpunan mendesak Anwar meletak jawatan atas pelbagai isu termasuk peningkatan kos sara hidup yang didakwa berpunca daripada perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

cakap kosong ,wasted time x x guna dan x x power dalam tujuan lawan madafaka tak percaya baca revolusi rakyat iran by rashid tamara kah kah kah
BalasPadam