Selasa, 15 Julai 2025

BERITA BAIK DARI UMNO




Ketua bahagian Umno berjumpa Khamis ini, desak titah adendum dilaksana - sumber

Ketua-ketua bahagian Umno seluruh negara dijangka akan berkumpul di ibu negara pada Khamis ini bagi mendesak kerajaan, khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim, agar melaksanakan titah adendum berhubung tahanan rumah Najib Razak.

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memaklumkan perjumpaan itu akan diadakan di sebuah hotel di Bukit Bintang sekitar jam lapan malam.

"Agenda utama pertemuan adalah untuk mendesak perdana menteri supaya mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi pelaksanaan titah adendum tahanan rumah untuk Najib. Ini kerana Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kepada kerajaan. 

"Pertemuan itu juga nanti akan memutuskan supaya mana-mana bahagian (Umno) yang belum bersidang akan membawa usul mendesak perdana menteri melaksanakan titah adendum tersebut dan tidak lagi berdolak-dalik tentang keabasahannya, dari segi kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan," kata ahli MKT Umno yang enggan dinamakan itu kepada Malaysiakini.

Difahamkan pada pertemuan itu mereka juga akan mendesak perdana menteri supaya menarik balik rayuan yang dikemukakan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung titah adendum tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Pada 11 Julai lalu, Umno memohon Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar titah adendum berkaitan tahanan rumah buat bekas perdana menteri itu dilaksanakan segera selaras, dengan kuasa mutlak baginda.

Pada hari yang sama, Anwar berkata kerajaan menghormati pandangan semua pihak berkaitan titah adendum, namun menegaskan dokumen itu tertakluk kepada proses mahkamah.

Sementara itu, seorang ketua bahagian Umno yang dihubungi Malaysiakini turut mengesahkan perjumpaan itu.

"Ya, satu perjumpaan diadakan pada 17 Julai ini. Ini semua inisiatif kami ketua-ketua bahagian.

"Dalam mesyuarat ini nanti, kami akan membangkitkan supaya usul ini nanti akan dibahas di Perhimpunan Agung Umno 2025," katanya yang enggan dinamakan.

Difahamkan ketua-ketua bahagian Umno dari Sabah yang tidak dapat hadir akan menyertai perjumpaan itu secara dalam talian.

Pertemuan ketua-ketua bahagian ini dilihat akan mengulangi pertemuan 158 ketua ketua bahagian Umno pada 22 Ogos 2022, yang mendesak perdana menteri ketika itu,  Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan segera membubarkan Parlimen.

BILA UMNO

TIBAI MADAFAKA

INI BERITA BAIK

AMIN

UMNO MAHU

NAJIB DI BEBAS

KAH KAH KAH

GADUH GADUH

GADUH SAMPAI

TERBARAI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan