Khamis, 10 Julai 2025

BRAZIL LAWAN TRUMP




Trump ugut Brazil dengan tarif 50 peratus jika tidak tamat perbicaraan Bolsonaro

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencetuskan ketegangan diplomatik baharu dengan Brazil selepas mengumumkan rancangan mengenakan tarif setinggi 50 peratus ke atas semua barangan import dari Brazil.

Pada masa sama, beliau menuntut perbicaraan terhadap bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, dihentikan serta-merta.

Dalam surat rasmi yang dikongsi di platform media sosialnya, Trump mendakwa perbicaraan Bolsonaro bertujuan menjadikannya 'kambing hitam' dan membawa 'aib di khalayak masyarakat antarabangsa'.

Beliau turut menuduh kerajaan Brazil melakukan serangan terhadap syarikat teknologi AS dan menyekat kebebasan bersuara melalui arahan mahkamah yang dikenakan ke atas platform media sosial milik AS.

Bolsonaro kini sedang dibicarakan atas dakwaan cuba menggulingkan keputusan pilihan raya 2022, termasuk tuduhan merancang rampasan kuasa dan cubaan membunuh Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.

Trump, yang mempunyai hubungan rapat dengan Bolsonaro sejak penggal pertama mereka, menyatakan bahawa tindakan undang-undang terhadap bekas pemimpin Brazil itu adalah bermotifkan politik.

Presiden Lula membalas kenyataan Trump dengan tegas, menyatakan bahawa Brazil tidak akan menerima sebarang 'campur tangan luar' dan menegaskan 'tiada siapa yang berada di atas undang-undang'.

Tarif 50 peratus yang diumumkan oleh Trump adalah peningkatan besar berbanding kadar 10 peratus yang dikenakan pada April lalu.

Brazil ialah rakan dagang ke-15 terbesar AS, dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah AS$92 bilion (RM391 bilion) pada 2024.

AS pula adalah rakan dagang kedua terbesar Brazil selepas China dan tarif baharu ini adalah peningkatan ketara berbanding 10 peratus yang diumumkan pada April lalu.

Difahamkan, tarif sebanyak 50 peratus itu akan bermula pada 1 Ogos dan tidak berkaitan dengan tarif sektoral lain.

Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva membidas Trump susulan ancaman pemimpin AS itu untuk mengenakan tambahan 10 peratus tarif terhadap negara-negara membangun dalam kumpulan BRICS yang disifatkannya sebagai 'anti-AS'.

Walaupun AS menikmati lebihan dagangan dengan Brazil, Trump tetap menyifatkan hubungan perdagangan itu sebagai 'tidak adil' dan mengarahkan siasatan rasmi terhadap amalan perdagangan Brazil di bawah Akta Perdagangan 1974.

Sementara itu, penganalisis antarabangsa memberi amaran bahawa langkah itu boleh mencetuskan perang perdagangan baharu dan menjejaskan kestabilan ekonomi serantau.

Trump juga memberi amaran bahawa tarif tambahan akan dikenakan jika Brazil bertindak balas secara negatif, namun menawarkan pengecualian jika syarikat Brazil memilih untuk menghasilkan produk di AS. - AGENSI

KAH KAH KAH

WOIT

INI TRUMP

NAK KENAKAN

BRAZIL KERANA

BRICS

AMIN

BRICS KINI

BOLEH LAWAN 

AMERIKA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan