Mesyuarat kehakiman: Mkini disiasat lagi, polis mahu tahu sumber
Polis sekali lagi menyoal siasat Malaysiakini berkenaan sumber kebocoran maklumat yang didakwa berlaku dalam mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), susulan laporan polis seorang hakim kanan.
Pegawai dari Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman mengemukakan soalan tambahan kepada editor eksekutif Malaysiakini, RK Anand, berkenaan identiti sumber kebocoran tersebut.
Namun, seperti sesi sebelumnya, Malaysiakini enggan mendedahkan sebarang nama kerana tertakluk kepada etika kewartawanan untuk tidak mendedahkan sumber kewartawanan.
Siasatan itu dibuat selepas Malaysiakini menghubungi seorang hakim kanan pada 12 Jun untuk mendapatkan ulasan berkenaan dakwaan yang dikatakan timbul semasa mesyuarat JAC.
Hakim tersebut tidak memberikan respons dan sebaliknya mengarahkan seorang pembantunya membuat laporan polis pada hari yang sama.
Selepas itu, kenyataan dirakam daripada Anand dan editor berita Zikri Kamarulzaman.

Cara reja & alat madafaka sembang cemerlang prestasi , immuniti tangguh sambung 3 round ma da ni naik pangkat etc kah kah kah
BalasPadam