Isnin, 7 Julai 2025

CONTOH YB PKR YANG JUJUR BERJUANG


9 MP PKR gesa RCI isu kehakiman, bimbang skandal 'VK Lingam' berulang
Sekumpulan ahli parlimen PKR diketuai bekas timbalan presiden parti itu Rafizi Ramli bimbang skandal pelantikan kehakiman terbaru akan menyerupai skandal VK Lingam.

Justeru, mereka menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk untuk menyiasat dakwaan berikut:

bahawa bagi pelantikan hakim-hakim baru (sama ada bagi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan), pencalonan yang telah dihantar oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada kerajaan tidak diambil tindakan pada kadar yang sewajarnya, yang menyebabkan kekosongan menjadi mendesak;

bahawa pencalonan bagi kekosongan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah pun diputuskan oleh JAC sebelum persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri sebelum ini, tetapi pelantikan tidak dibuat sehinggalah menyebabkan kekosongan yang ada sekarang;

bahawa mesyuarat JAC telah dipanggil pada hari Jumaat lepas tanpa mematuhi keperluan notis 10 hari, dengan tujuan untuk membuat pencalonan semula bagi jawatan-jawatan yang kosong;

bahawa pada satu mesyuarat JAC yang lepas, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan satu kes dan pertukaran hakim.

Perkara keempat adalah berdasarkan laporan polis yang difailkan oleh pembantu hakim berhubung pertanyaan Malaysiakini mengenai dakwaan campur tangan kehakiman.

Menjelaskan tuntutan mereka, Rafizi berkata RCI boleh meneliti isu di luar skop tribunal yang dicadangkan oleh Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman, di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, mengenai dakwaan khusus terhadap hakim Mahkamah Persekutuan.

"Sepertimana PKR sebelum ini, pada ketika skandal VK Linggam dahulu menuntut dan menyokong siasatan oleh RCI, kami mencadangkan agar satu RCI juga ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang berlegar.

"Saya tahu bahawa Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan beberapa pimpinan pembangkang mencadangkan supaya satu tribunal untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang bersabit hakim Mahkamah Persekutuan tadi…tetapi kalau ikut perlembagaan, kalau kita hanya hadkan pada tribunal, maka ia spesifik kepada dakwaan-dakwaan itu.

"Sedangkan kemelut yang melibatkan institusi kehakiman hari ini, ia lebih besar. Ia melibatkan juga soal pelantikan, soal kelewatan pelantikan, dan lain-lain. Ia juga melibatkan asiri kejadian termasuk contohnya memanggil (mesyuarat) JAC tidak mengikut proses tempoh waktu," katanya.

"Kalau ada orang tanya ‘kenapa nak bising-bising 10 hari tak cukup notis?’ Ini soal kehakiman dan perlembagaan. Kalau ada lantikan contohnya lantikan hakim kanan negara, tetapi mesyuarat tidak dipanggil mengikut proses perlembagaan dan undang-undang, lantikan itu boleh dicabar.

"Jadi jika lantikan itu dicabar, maka keputusan boleh dicabar dan terbatal. Jadi kalau nak buat (lantikan) kena buat betul-betul," tegasnya.

Tengku Maimun telah bersara sebagai ketua hakim negara pada 2 Julai, selepas dia tidak diberikan lanjutan enam bulan.

Hakim Besar Malaya Hasnah Hashim - yang sedang menjalani pelanjutan enam bulan selepas bersara sehingga November - adalah pemangku ketua hakim negara.

Jumaat lalu, FMT memetik sumber, melaporkan bahawa Hasnah telah memanggil mesyuarat tergempar JAC.

Skandal 'VK Lingam' merujuk kepada rakaman 2002 peguam VK Lingam mendedahkan dalam panggilan telefon bagaimana dia telah mempengaruhi pelantikan hakim utama.

Video itu diketahui pada tahun 2007, mencetuskan kemarahan yang meluas yang membawa kepada pembentukan JAC pada tahun 2009.

Selain menggesa RCI, ahli parlimen PKR berkenaan juga secara rasmi akan meminta jawatankuasa pilihan khas reformasi institusi Parlimen menjalankan siasatan terhadap skandal kehakiman semasa.

Ini termasuk memanggil Anwar untuk memberi kenyataan kepada jawatankuasa itu.

Mereka juga mahu pelantikan hakim dibuat berdasarkan syor semasa Tengku Maimun masih menjadi ketua hakim negara.

Sebarang syor baru hanya perlu dilakukan selepas siasatan RCI dan jawatankuasa Parlimen selesai, kata Rafizi.

Ahli parlimen berkenaan akan melancarkan petisyen awam dan siri forum awam untuk mendidik orang ramai tentang tuntutan mereka.

Mereka juga akan mengumpulkan ahli parlimen lain untuk menyokong usaha mereka.

Lapan ahli parlimen lain selain Rafizi (Pandan) yang membuat gesaan itu ialah Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), S Kesavan (Sungai Siput) dan Onn Abu Bakar (Batu Pahat).

Kesavan dan Onn bagaimanapun tidak hadir pada sidang media hari ini.

INI CONTOH YB

YG BERJUANG

UNTUK KEBAIKAN

ORANG RAMI

AMIN

PARA YB INI

PASTI TIDAK

AKAN BERTANDING

LAGI

AMIN

NEGARA  AKAN

KEHILANGAN

PEMIMPIN YANG

JUJUR

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan