Segera laksana titah adendum, ingkar satu penderhakaan – Zulfadli
KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu menggesa kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan titah adendum yang melibatkan Najib Razak tanpa memberi sebarang alasan lagi.
Ketuanya, Mohd Zulfadli Amiruddin berkata, keengganan untuk melaksanakan titah tersebut merupakan satu penderhakaan serta penghinaan terhadap institusi raja yang menjadi tonggak Perlembagaan negara.
“Kewujudan titah adendum itu sudah disahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam prosiding Mahkamah Persekutuan, sekali gus, mengetepikan segala polemik dan penafian sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 9 Julai lalu, media melaporkan AGC tidak mempertikaikan kewujudan titah adendum dikatakan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Sebaliknya AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.
Dalam perkembangan sama, Zulfadli juga mengecam kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang menyifatkan kelonggaran kepada Najib untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sebagai tidak munasabah.
“Kenyataan ini wajar ditolak secara tegas kerana permintaan sedemikian mencabar prinsip keadilan dan menimbulkan persepsi wujudnya layanan istimewa terhadap tokoh politik yang berpengaruh,” katanya lagi. –

Ramai bercakap Najib ini terbaik, walaupun curi banyak tapi sedekah banyak juga, semua kaum dia jaga sementara itu bini ditanggung setiap masa, anak beranak juga dijaga dibelai sama, rakyat juga menikmati semuanya termasuk kepimpinan peringkat bahagian sekali dapat habuan, tetapi apabila Najib masuk penjara dia ditinggalkan oleh penderhaka semua kah kah kah
BalasPadam