Ahad, 6 Julai 2025

GELOMBANG KEMARAHAN RAKYAT



Bersatu tidak boleh bergantung kepada gelombang kemarahan rakyat

SERDANG – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh lagi bergantung kepada gelombang kemarahan rakyat yang menghukum kerajaan memerintah untuk memperoleh sokongan bagi memenangi pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah berkata, sebaliknya Bersatu akan memastikan rakyat menerima parti itu kerana kemampuan untuk melaksanakan reformasi yang gagal ditunaikan kepimpinan Anwar Ibrahim.

“Saya fikir rakyat marah itu sudah pasti, tetapi kita tak nak bergantung hanya atas kemarahan rakyat.

“Kita nak juga menawarkan sesuatu yang lebih konkrit iaitu Konsensus Nasional baharu, itu adalah suatu kerangka besar dari segi kesepaduan rakyat.

“Kita sudah ada cadangan reformasi pendidikan, sebab itu kita ikut betul-betul apa yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang lakukan.

“Kita bukan hanya pergi meraih undi dan sokongan kerana rakyat marah kepada kerajaan yang ada, kami faham, kami pun marah kepada kerajaan sedia ada, tetapi kami juga ada perkara-perkara yang ingin kami tawarkan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu Saifuddin menyempurnakan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan 14 Bahagian Bersatu 2025 di Selangor.

Menurut Saifuddin, Bersatu tidak boleh mengambil manfaat kemarahan rakyat semata-mata tanpa menawarkan pendekatan yang konkrit seperti mana dilakukan Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 70-an selepas peristiwa 13 Mei.

“Berlaku reset yang melahirkan antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan rukun negara, selepas itu, Malaysia menikmati zaman aman, harmoni dan kejayaan ekonomi yang cukup baik sehingga kita dikenali sebagai salah sebuah Asian Tigers.

“Sekarang kita berhadapan dengan masalah begitu besar juga, walaupun tidaklah berlaku perselisihan kaum macam 13 Mei, tetapi kesusahan rakyat, ekonomi dan politik kita begitu teruk.

“Kita memerlukan konsensus nasional yang baharu dengan tiga batu asas yang dicadangkan termasuk kemakmuran bersama,” katanya lagi. – 

RAKYAT SAH

MARAH

AMIN

HASUT LAGI

TURUN KE JALAN

BERDEMO

AMIN

RASA MARAH 

DI JALAN RAYA

TERJEMAH JADI

UNDI PILIHANRAYA

AMIN

TAK TURUN

JALAN RAYA

TAK MENANAG

PILIHANRAYA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan