Khamis, 10 Julai 2025

GENCATAN SENJATA - GAZA



Rundingan gencatan senjata Gaza, Hamas sedia bebas 10 tebusan

KAHERAH: Hamas bersetuju untuk membebaskan 10 tebusan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mencapai gencatan senjata di Gaza, namun menyifatkan rundingan itu sebagai 'sukar' akibat 'kedegilan' Israel.

Bagaimanapun kumpulan Palestin itu berkata, beberapa isu utama masih menghalang perjanjian, termasuk aliran bantuan kemanusiaan, pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza dan jaminan kukuh bagi gencatan senjata kekal.

Sebaliknya, Israel menyatakan keyakinan terhadap kemungkinan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan, selari dengan pandangan optimis Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menamatkan konflik selama 21 bulan di wilayah Palestin itu dalam seminggu dua ini.

Kini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berada di Washington ketika rundingan tidak langsung diteruskan pada hari keempat di Qatar, walaupun terdapat aduan bahawa Israel masih menghalang pengagihan bantuan kepada penduduk yang kelaparan.

Ketua Angkatan Tentera Israel, Jeneral Eyal Zamir, berkata operasi ketenteraan membuka jalan kepada perjanjian pembebasan tebusan.

"Kami mencapai banyak kejayaan besar dan menyebabkan kerosakan besar terhadap struktur pemerintahan dan keupayaan ketenteraan Hamas.

"Hasil kekuatan operasi yang ditunjukkan, kini wujud keadaan yang sesuai untuk memajukan perjanjian bagi membebaskan tebusan," katanya.

Namun, Hamas menegaskan bahawa Gaza tidak akan menyerah, manakala seorang pegawai Palestin yang terbabit dalam rundingan menyatakan Israel masih enggan membenarkan kemasukan bantuan tanpa halangan ke Gaza.

Sementara itu, wakil khas Trump, Steve Witkoff, berkata pentadbiran AS berharap satu perjanjian gencatan senjata selama 60 hari dapat dicapai sebelum hujung minggu ini.

Perjanjian itu dijangka merangkumi pembebasan 10 tebusan yang masih hidup serta pemulangan sembilan tebusan yang disahkan meninggal dunia sejak diculik oleh Hamas pada Oktober 2023.

Daripada 251 tebusan yang diculik, 49 masih ditahan di Gaza, termasuk 27 yang dikatakan tentera Israel sudah mati. - AFP


SAMPAI SEKARANG

PROJEK HAPUSKAN

HAMAS TELAH

GAGAL

AMIN

KHALAS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan