Sabtu, 5 Julai 2025

HAMAS MASIH GAGAH BERDIRI


Hamas sedia runding gencatan senjata selepas angka korban melebihi 57,000


GAZA: Hamas semalam berkata, pihaknya bersedia memulakan perbincangan segera mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza, ketika agensi pertahanan awam berkata serangan berterusan Israel mengakibatkan lebih 50 orang terkorban.

Pengumuman itu dibuat selepas pihaknya mengadakan rundingan dengan puak Palestin lain sebelum lawatan pada Isnin oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Washington, dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendesak perang yang berlanjutan lebih 21 bulan ditamatkan.

Menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan, ia bersedia untuk terbabit serta-merta dan serius dalam kitaran rundingan mengenai mekanisme melaksanakan syarat deraf cadangan gencatan senjata yang disokong AS serta diterima daripada pengantara.

Jihad Islam yang juga sekutu Hamas berkata, pihaknya menyokong rundingan gencatan senjata, namun menuntut jaminan bahawa Israel tidak akan meneruskan pencerobohannya sebaik tebusan yang ditahan di Gaza dibebaskan.

Trump ketika ditanya mengenai maklum balas Hamas pada Jumaat, berkata ia amat baik.

"Mereka tidak memberi taklimat kepada saya mengenainya. Kita perlu menyelesaikannya. Kita perlu melakukan sesuatu mengenai Gaza," katanya.

Konflik di Gaza bermula dengan serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Ia mencetuskan serangan besar-besaran Israel yang bertujuan memusnahkan Hamas dan membawa pulang semua tebusan yang dirampas kumpulan pejuang itu.

Dua gencatan senjata sebelum ini yang diuruskan oleh Qatar, Mesir dan AS menyaksikan penggantungan sementara perang, ditambah dengan pembebasan tebusan Israel sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin.

Netanyahu padaJumaat berikrar untuk membawa pulang semua tebusan yang ditahan di Gaza.

"Saya merasakan komitmen yang besar, pertama sekali memastikan kepulangan semua mangsa yang diculik," katanya.

Trump pada Khamis berkata, beliau mahukan keselamatan terjamin bagi penduduk Gaza.

"Mereka seolah berada di neraka," katanya

Sumber Palestin berkaitan dengan rundingan itu memberitahu AFP awal minggu ini, cadangan terbaru termasuk 'gencatan senjata selama 60 hari, di mana Hamas akan membebaskan separuh daripada tawanan Israel yang masih hidup di Semenanjung Gaza.

Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan sejumlah tawanan dan tahanan Palestin.

Daripada 251 tebusan yang ditahan pejuang Palestin semasa serangan pada Oktober 2023, 49 masih ditahan di Gaza, termasuk 27 yang menurut tentera Israel, sudah terkorban. - AFP

HAMAS MASIH

BELUM KALAH

AMIN

HAMAS MASIH

GAGAH BERDIRI

AMIN

SETANYAHU

GAGAL 

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan