Ahad, 20 Julai 2025

HARI HARI AKHIR SAEKOR ZELENSKY



Ukraine cadang rundingan baru dengan Russia minggu depan


KYIV: Kyiv mencadangkan satu pusingan rundingan damai baharu dengan Russia minggu depan.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan cadangan itu beberapa jam selepas serangan Russia di seluruh Ukraine yang meragut lebih banyak nyawa.

Dua pusingan rundingan di Istanbul antara Moscow dan Kyiv sebelum ini gagal menghasilkan sebarang kemajuan ke arah gencatan senjata, sebaliknya menghasilkan pertukaran tahanan berskala besar dan perjanjian untuk memulangkan mayat tentera yang terbunuh.

"Setiausaha Majlis Keselamatan Umerov melaporkan beliau telah mencadangkan pertemuan dengan pihak Russia pada minggu depan," kata Zelensky dalam ucapannya.

Zelensky mengulangi kesediaannya untuk mengadakan pertemuan bersemuka dengan presiden Russia, Vladimir Putin.

"Pertemuan di peringkat kepimpinan diperlukan untuk benar-benar memastikan keamanan yang berkekalan," katanya.

Pada rundingan bulan lalu, Russia menggariskan senarai tuntutan, termasuk gesaan agar Ukraine menyerahkan lebih banyak wilayah dan menolak semua bentuk sokongan tentera Barat.

Kyiv menolak tuntutan itu yang disifatkan sebagai tidak boleh diterima dan pada masa itu dan mempersoalkan titik rundingan lanjut jika Moscow tidak bersedia untuk membuat konsesi.

Kremlin berkata awal bulan ini ia bersedia untuk meneruskan rundingan dengan Ukraine selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi Russia 50 hari untuk mencapai perjanjian damai atau berdepan sekatan.

Trump juga berjanji untuk membekalkan Kyiv dengan bantuan ketenteraan baharu, ditaja oleh sekutu NATO, kerana kemusnahan bandarnya yang mengalami serangan udara Russia semakin meningkat.

Russia telah meningkatkan serangan udara jarak jauh ke atas bandar-bandar Ukraine serta serangan barisan hadapan dan tembakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini sekaligus mengingkari amaran Trump.

Semalam, Russia melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang membunuh tiga orang di Ukraine.

Dua orang maut selepas peluru berpandu Russia mengenai wilayah Dnipropetrovsk tengah Ukraine, sebuah hab perindustrian penting.

Russia sebelum ini melancarkan 20 dron di bandar pelabuhan Ukraine Odesa membunuh sekurang-kurangnya satu orang.

Russia terpaksa menangguhkan perkhidmatan kereta api selama kira-kira empat jam, menyebabkan gangguan di wilayah Rostov selatan, susulan serangan dron Ukraine yang mencederakan seorang pekerja kereta api.

Moscow dan Kyiv mengancam satu sama lain dengan segerombolan dron murah untuk mengatasi pertahanan udara masing-masing, kerana kedua-dua pihak yang bertelagah semalam berkata, mereka telah memintas ratusan dron yang dilancarkan dalam jumlah besar hampir setiap hari.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian Istanbul, Kyiv menerima 1,000 mayat askar pada Khamis, manakala Russia berkata ia telah menerima 19 mayat askar dari Ukraine.

Kesatuan Eropah pada hari Jumaat bersetuju pakej ke-18 sekatan ke atas Moscow yang menyasarkan bank Russia dan menurunkan had harga eksport minyak, dalam usaha untuk mengekang keupayaannya untuk membiayai perang.


JELAS INI

TANDA DAH

LENGIT

KAH KAH KAH

SEBELUM AKHIR

TAHUN UKRAINE

AKAN BUNGKUS

KAH KAH KAH

ZELENSKY AKAN

CABUT LARI ATAU

DIBUNUH  ASKAR

SENDIRI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan