Isnin, 7 Julai 2025

HIZBULLAH AKAN TERUS SERANG ISRAEL




Ketua Hizbullah ikrar tidak tunduk kepada ancaman Israel


BEIRUT: Ketua Hizbullah, Naim Qassem, hari ini menegaskan kumpulannya tidak akan menyerah atau meletakkan senjata susulan ancaman Israel, walaupun berdepan tekanan supaya kumpulan pejuang Lubnan itu meletakkan senjata.

"Kami tidak akan tunduk kepada ancaman," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung kepada ribuan penyokongnya di pinggir selatan Beirut, kawasan yang menjadi kubu kuat Hizbullah sempena hari peringatan keagamaan Syiah, Ashura.

Pemimpin Lubnan yang dilantik selepas perang antara Israel dan Hizbullah tahun lalu berulang kali menegaskan hanya negara harus memegang hak eksklusif terhadap pemilikan senjata, sambil menuntut Israel mematuhi gencatan senjata yang dimeterai pada November lalu.

Qassem, yang menggantikan pemimpin Hassan Nasrallah selepas beliau terbunuh dalam serangan Israel pada September, berkata pejuang Hizbullah tidak akan meletakkan senjata mereka dan menegaskan 'pencerobohan' Israel mesti dihentikan dahulu.

Ucapannya disampaikan ketika Utusan Amerika Syarikat( AS), Tom Barrack dijangka tiba di Beirut esok (Isnin).

Pihak berkuasa Lubnan dijadualkan memberikan maklum balas kepada permintaan Barrack untuk melaksanakan proses pelucutan senjata Hizbullah dengan disokong Iran sebelum hujung tahun ini, menurut seorang pegawai Lubnan yang enggan dikenali.

Pihak berkuasa Lubnan berkata mereka telah mula membongkar infrastruktur ketenteraan Hizbullah di selatan negara itu yang berhampiran sempadan Israel.

Israel pula terus melancarkan serangan ke atas Lubnan walaupun terdapat gencatan senjata pada November dengan mendakwa menyasarkan kedudukan Hizbullah dan menuduh Beirut gagal mengambil tindakan mencukupi untuk melucutkan senjata kumpulan itu.

Menurut perjanjian gencatan senjata, Hizbullah dikehendaki menarik balik pejuangnya ke utara Sungai Litani yang berada kira-kira 30 kilometer dari sempadan Israel.

Israel sepatutnya menarik keluar tenteranya dari seluruh wilayah Lubnan, namun masih mengekalkan kehadiran di lima lokasi yang dianggap strategik. - AFP


SELAGI ISRAEL

WUJUD PERANG

 DITERUSKAN

AMIN

GERILA TAKDA

SENJATA ADALAH

GERILA YANG 

DAH MATI

AMIN

KHALAS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan