Rabu, 23 Julai 2025

INDONESIA BENTENG AMERIKA LAWAN CHINA MERAH ?


Trump perinci perjanjian tarif perdagangan AS-Indonesia

JAKARTA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan persetujuan perjanjian perdagangan dengan Indonesia yang dijangka membuka akses pasaran yang luas kepada pengeksport AS.

Dalam perkongsian di akaun media sosialnya, Trump menyifatkan perjanjian itu memberi manfaat besar kepada sektor pembuatan, pertanian dan digital negara itu.

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas AS-Indonesia itu menyaksikan Indonesia bersetuju menghapuskan halangan tarif ke atas lebih 99 peratus produk eksport AS manakala AS akan mengenakan kadar tarif timbal balas sebanyak 19 peratus ke atas barangan dari Indonesia.

"AS kini akan menjual produk buatan kami ke Indonesia pada kadar sifar tarif, manakala Indonesia akan membayar 19 peratus ke atas semua produk mereka yang masuk ke AS. Ini pasaran terbaik di dunia!

"Indonesia akan membekalkan mineral kritikal kepada AS dan menandatangani perjanjian besar bernilai berpuluh bilion dolar untuk membeli pesawat Boeing, produk pertanian dan tenaga AS.

"Perjanjian ini adalah kemenangan besar untuk pengeluar kenderaan, syarikat teknologi, pekerja, petani, penternak dan pengilang kami," katanya menerusi akaun di Truth Social.

Perincian utama perjanjian alam menyaksikan Indonesia menghapuskan tarif ke atas eksport AS dalam pelbagai sektor termasuk pertanian, kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), automotif dan bahan kimia

Mengiktiraf piawaian keselamatan dan peraturan AS bagi kenderaan, farmaseutikal dan peranti perubatan

Menghapuskan halangan bukan tarif seperti keperluan kandungan tempatan dan pemeriksaan pra-penghantaran

Menerima pensijilan keselamatan makanan AS dan memberikan akses pasaran kekal bagi produk daging, tenusu dan tumbuhan dari AS.

Dalam sektor ekonomi digital, Indonesia turut bersetuju untuk menghapuskan tarif ke atas produk digital tidak ketara

Menyokong moratorium kekal ke atas duti kastam bagi penghantaran elektronik di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

Mengiktiraf undang-undang perlindungan data AS, membolehkan aliran data rentas sempadan

Perjanjian itu ini turut merangkumi komitmen terhadap hak buruh, dengan Indonesia berikrar untuk melaksanakan larangan import buruh paksa dan memperkukuh hak pekerja serta kesatuan.

Ia juga dijangka menangani menangani ketidakseimbangan perdagangan, di mana AS kini mencatatkan defisit perdagangan barangan ke-15 terbesar dengan Indonesia, berjumlah AS$17.9 bilion (RM75.8 bilion) pada 2024.

Sebelum perjanjian ini, kadar tarif purata yang dikenakan oleh Indonesia ialah lapan peratus, berbanding 3.3 peratus oleh AS.

Trump sebelum ini telah mengisytiharkan darurat nasional pada 2 April bagi menangani defisit perdagangan yang berterusan dan amalan perdagangan tidak adil.

Perjanjian baharu ini dilihat sebagai langkah langsung susulan pengisytiharan tersebut.

Kedua-dua negara turut bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam keselamatan ekonomi, termasuk daya tahan rantaian bekalan, kawalan eksport dan penapisan pelaburan.

Indonesia akan menyertai Global Forum on Steel Excess Capacity dan menghapuskan sekatan eksport ke AS bagi semua komoditi industri termasuk mineral kritikal.

Perjanjian juga dijangka membuka jalan kepada urus niaga komersial dalam sektor pertanian, aeroangkasa dan tenaga, yang akan meningkatkan lagi eksport AS ke Indonesia.

Perjanjian itu akan dimuktamadkan secara rasmi dalam beberapa minggu akan datang. - AGENSI


WOW

KOMANDAN 

JENERAL 

PRABOWO

AKAN JADIKAN 

INDONESIA

BENTENG AMERIKA

LAWAN CHINA MERAH

AMIN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan