INI DIA
MAKLUMAT
YANG DIBOCORKAN
AMIN
*Minit Mesyuarat SPK Bil. 5/2025*
MINIT MESYUARAT
SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN BIL. 5/2025
Tarikh : 16 Mei 2025 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Aras 5, Istana Kehakiman, Putrajaya.
KEHADIRAN:
1. YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat - Pengerusi
2. YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim
3. YAA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim
4. YAA Tan Sri Abdul Rahman bin Sebli
5. YAA Dato’ Zabariah binti Mohd Yusof
6. YAA Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Harun
7. YBhg. Tan Sri Dato’ Zainun binti Ali
8. YBrs. Prof. Madya Dr. Hartini binti Saripan
9. YBrs. Puan Safinah binti Ismail - Setiausaha
TIDAK HADIR DENGAN KEBENARAN:
YBhg. Dato’ Sri Talat Mahmood bin Abdul Rashid
*MESYUARAT PEMILIHAN BIL. 4/2025*
4.1 Kertas Pertimbangan Bagi Pemilihan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak – Kertas Bil. 1/2025
4.1.1 Pemilihan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
4.1.1.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
(a) kertas ini bertujuan untuk memilih calon yang berkelayakan dan sesuai bagi disyorkan kepada YAB Perdana Menteri untuk pelantikan sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya setelah ditangguhkan daripada Mesyuarat Pemilihan Bil. 3/2025 pada 18 April 2025;
(b) YAA Pengerusi mencalonkan YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Persekutuan berdasarkan pengalaman dan kompetensi yang baik serta kekananan beliau di Mahkamah Persekutuan berdasarkan kriteria yang diperuntukkan oleh seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 \[Akta 695] manakala YAA Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya mencalonkan YA Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan bagi jawatan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya;
(c) YAA Pengerusi telah memaklumkan bahawa beliau mempunyai beberapa isu berhubung dengan pencalonan YA Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh seperti yang berikut:
(i) beliau masih belum mempunyai bilangan alasan penghakiman yang mencukupi (hanya satu) berbanding hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lain;
(ii) terdapat beberapa isu integriti berhubung dengan beliau di mana, ketika menjadi Peguam Negara beliau tidak mengendahkan undang-undang, termasuk telah menyediakan nota percakapan YAB Perdana Menteri dengan Yang di-Pertuan Agong yang mencadangkan YA Dato’ Zabariah binti Mohd Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, menggantikan Tan Sri Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah, dengan membelakangkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Beliau juga gagal menasihati YAB Perdana Menteri berhubung rundingan dengan Ketua Hakim Negara dan Hakim-Hakim Besar menurut Perkara 122B (2) dan (3); dan
(iii) beliau tidak menghormati kebebasan kehakiman apabila selaku Peguam Negara telah bertemu dengan YAA Pengerusi memohon agar penghakiman bagi suatu kes dibuat memihak pihak tertentu dan juga telah meminta YAA Pengerusi memindahkan Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes tertentu dengan cara yang tidak selaras dengan pendapat Peguam Negara.
4.1.1.2 YAA Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya menyatakan bahawa apa yang diutarakan oleh YAA Pengerusi ialah ‘a serious allegation’ dan adalah tidak adil untuk mendengar hanya sebelah pihak. Mesyuarat memanggil YA Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh untuk mengesahkan perkara-perkara berkaitan yang dibangkitkan oleh YAA Pengerusi.
4.1.1.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
(a) YA Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh mengesahkan isu berkenaan pencalonan YA Dato’ Zabariah binti Mohd Yusof di perenggan 4.1.2 (ii);
(b) YA Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh menyatakan tidak dapat mengingati perkara berhubung penghakiman dan pertukaran Hakim Mahkamah Tinggi.
(YA Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh meninggalkan Mesyuarat)
4.1.1.4 Mesyuarat bersetuju supaya undi sulit diadakan bagi pemilihan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya diadakan.
4.1.1.5 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
(a) keputusan undi sulit adalah seperti berikut:
| Bil. | Nama Calon | Bilangan Undi |
| ---- | ------------------------------------------- | ------------- |
| 1 | YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera | 4 |
| 2 | YA Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh | 4 |
(b) terdapat pertikaian sama ada seksyen 13(6) Akta 695 terpakai dalam Mesyuarat Pemilihan yang diperuntukkan oleh seksyen 24 Akta 695 berhubung dengan undi pemutus oleh Pengerusi Mesyuarat;

Tiada ulasan:
Catat Ulasan