19 ketua cabang PKR desak gantung sementara Rafizi, lapan MP
Sebanyak 19 ketua cabang PKR dari Johor tampil menyuarakan desakan supaya tindakan disiplin dikenakan terhadap sembilan ahli parlimen PKR yang mengadakan sidang media secara terbuka bagi mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pelantikan dalam badan kehakiman.
Kumpulan pemimpin akar umbi itu menyifatkan tindakan sembilan wakil rakyat berkenaan – termasuk bekas timbalan presiden Rafizi Ramli – sebagai langkah di luar saluran parti, terutama ketika Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sedang dalam lawatan kerja luar negara.
“Tindakan ini bukan sahaja melanggar disiplin dan etika parti malah memberi tanggapan buruk terhadap kepimpinan Perdana Menteri serta membuka ruang kepada manipulasi politik pihak lawan.”
“Sebarang isu berkaitan dasar atau keprihatinan terhadap pentadbiran negara seharusnya disalurkan melalui platform dalaman parti seperti Biro Politik, atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” kata mereka pada satu kenyataan.
Walaupun menyokong usaha mempertahankan integriti institusi kehakiman, mereka menegaskan pendekatan yang diambil oleh sembilan ahli parlimen terbabit “melangkaui batas disiplin parti dan bercanggah dengan kod tataetika anggota PKR”, sekali gus mencemarkan nama baik serta perpaduan dalaman.
“Sehubungan itu, kami dengan tegas menyeru Setiausaha Agung Parti, YB Datuk Dr Fuziah Salleh, agar segera menggantung keahlian sementara kesemua sembilan Ahli Parlimen terlibat serta memulakan siasatan tatatertib menyeluruh melalui Jawatankuasa Disiplin Parti.”
Menurut ketua cabang PKR berkenaan, langkah tegas ini penting untuk memelihara kewibawaan organisasi, mengembalikan disiplin dalaman, serta mengelakkan persepsi negatif yang boleh menjejaskan kestabilan dan kesetiaan dalam parti.
Senarai 19 Ketua Cabang PKR Johor yang menyokong desakan ini:
1. Khairil Adanan – Ketua Cabang Mersing
2. Mohd Ysahruddin Bin Kusni – Ketua Cabang Bakri
3. Mohd Faizul Bin Abd Ghani – Ketua Cabang Pengerang
4. Abd Saad Bin Salleh – Ketua Cabang Seri Gading
5. Mohd Shahrun Bin Radzi – Ketua Cabang Sembrong
6. Rosman Bin Tahir – Ketua Cabang Ayer Hitam
7. Roselin Nona – Ketua Cabang Muar
8. Murad Bin Jailani – Ketua Cabang Pasir Gudang
9. Haniff Bin Hosman – Ketua Cabang Pontian
10. Kalytas Chandarahasan – Ketua Cabang Kluang
11. Hishamuddin Misrin Hj Ishak – Ketua Cabang Parit Sulong
12. Sayful Ariffin Abdul Karim – Ketua Cabang Tanjung Piai
13. Subramani Chami – Ketua Cabang Pagoh
14. Ibrahim Mohd Nor – Ketua Cabang Kota Tinggi
15. Ravi Sankar – Ketua Cabang Labis
16. Faezuddin Puad – Ketua Cabang Pulai
17.Shamala Vasudevan (Segamat)
18. Prakash Maniam (Tebrau)
19. Shamala Sham (Iskandar Puteri)
PKR terbuka beza pendapat
Desakan terhadap kerajaan untuk menubuhkan RCI dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) berkaitan pelantikan kehakiman dibuat oleh Datuk Seri
Terdahulu, Rafizi Ramli bersama lapan ahli parlimen PKR lain menuntut kerajaan menubuhkan RCI dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) berkaitan pelantikan kehakiman:
Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa)
Rodziah Ismail (Ampang)
Wong Chen (Subang)
Zahir Hassan (Wangsa Maju)
Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau)
Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang)
Onn Abu Bakar (Batu Pahat)
S Kesavan (Sungai Siput)
Mereka menyuarakan harapan agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia menerima sebarang cadangan untuk menghadiri prosiding PSSC, sekiranya isu ini dibawa ke peringkat tersebut.
Rafizi dalam pada kenyataan turut menafikan tindakan mereka merupakan cubaan untuk menuduh Anwar campur tangan dalam pelantikan hakim tertinggi.
Sebagai reaksi balas, Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution menegaskan PKR parti inklusif yang meraikan perbezaan pandangan.
“Alhamdulillah, PKR satu parti yang terbuka meraikan dan menerima perbezaan pendapat dan itu pandangan daripada backbenchers terhadap kerajaan hari ini.
“Bagi orang lain mungkin nampak ‘eh apa ni’, bagi PKR, ini parti terbuka parti yang meraikan perbezaan pendapat dan kebebasan memberikan pandangan, ‘ahlan wasahlan’, saya ucap terima kasih dan hargai pandangan mereka.”

amende buat pc beria tuntut rci... ini semua buang masa.. sebenarnya ada cara lagi mudah.... ahli parlimen tarik aje lah sokongan maka lepas tu kita boleh tubuh rci telus tanpa konflik kepentingan dan sumbat nuar ke dalam semula.. duduk kat luar menyusahkan orang je.. rafizi boleh mulakan.. amin
BalasPadam