Nama Teriruddin Tak Tersenarai Hanya Kenyataan Sumber Tanpa Nama – Kadir
KUALA LUMPUR, 16 JUL 25 – Sukar dipastikan sama ada nama Hakim Teriruddin Mohd Salleh benar-benar tidak disenaraikan bagi jawatan ketua hakim negara kerana laporan media hanya berdasarkan kenyataan satu sumber tidak dinamakan.
Wartawan veteran A Kadir Jasin berkata, disebalik bantahan dan pelbagai dakwaan, hanya Pejabat Perdana Menteri (PMO) atau jurucakap kerajaan yang boleh mengesahkan perkara itu.
“Nama beliau juga tidak tersenarai untuk jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya.
“Maklumat ini bagaimanapun hanya berpunca daripada kenyataan seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang enggan dikenali,” kata Kadir, dalam hantaran Facebook.
Memandangkan laporan tersebut hanya memetik seorang sumber tanpa nama, ia tidak boleh dianggap sebagai kebenaran mutlak, jelas Kadir lagi.
Kadir bagaimanapun turut mempersoalkan sama ada wujud senarai awal yang pernah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. @politiko.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan