Isnin, 7 Julai 2025

MA DA FA KA KAKI MOHONG




Pelaburan RM8 Bilion : Anwar Berlebih-Lebihan – Kata Wartawan Veteran

KUALA LUMPUR, 7 Jul 25 – Wartawan veteran  A Kadir Jasin mendakwa kenyataan Anwar Ibrahim kononnya negara berpotensi menerima pelaburan berjumlah RM8.13 bilion adalah berlebih-lebihan.

Menurutnya, pelaburan langsung asing (FDI) semasa Itali ke Malaysia berdasarkan data sedia ada hanyalah sekadar RM1.4 bilion.

“Itu potensi. Tetapi kalau kita buat analisis berdasarkan sejarah dan fakta, anggaran RM8.13 bilion FDI dari Itali itu macam berlebih-lebih dan susah dijustifikasikan.

“Sebabnya adalah selama berpuluh-puluh tahun, FDI Itali di Malaysia tidaklah banyak. Setakat September 2022 lalu, ada 77 projek pengilangan Itali dengan nilai pelaburan AS$382 juta (kira-kira RM1.4 bilion) saja,” katanya, dalam satu hantaran di media sosial.

Tambahan pula kata Kadir, tidak semua permohonan pelaburan asing ke dalam negara akan diluluskan.

“Di negara kita, daripada setiap 100 projek pengilangan FDI yang diluluskan oleh kerajaan, purata 77% dilaksanakan.

“Jadi, kalau kita berminat atau berharap mendapat manfaat daripada pelaburan berbilion-bilion ringgit yang diuar-uarkan setiap kali para pembesar kita membuat lawatan rasmi ke luar negara, kita kenalah tahu sedikit sebanyak perbezaan antara potensi dan implementasi,” katanya.

Kadir bagaimanapun berkata, tidak pelik sekiranya ahli politik kerajaan membuat anggaran yang tinggi supaya nampak berjaya.

“Apatah lagi jenis yang suka melebih-lebihkan cakap (exaggerate) atau yang tidak peduli sangat kepada ketepatan, asalkan ada orang percaya,” katanya.

Berbeza pula sekiranya anggaran dibuat oleh penjawat awam, kerana menurutnya mereka lebih berjaga-jaga dan konservatif berikutan khuatir dipersalahkan sekiranya anggaran itu tidak tepat.  @politiko.my

WOIT

KAH KAH KAH

KADIR NI TAK

SEDAR 

KAH KAH KAH

MADAFAKA INI

KAKI MOHONG

KAH KAH KAH

BUKAK MULUT

PASTI MOHONG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan