PAGI INI
PAGI INI
SELASA 8 JULAI 2025
SABTU 26 JULAI 2025
KITA TURUN KE DATARAN MERDEKA
BURUNG PIPIT DAN KEILMUAN
Sekarang musim panas. Tiap pagi dan petang bila gua masuk ke Hokkien berjalan dengan EZI dan TAK TAK – gua akan ternampak burung PIPIT – ada PIPIT UBAN ada PIPIT BIASA. Mereka berterbangan mencari rezeki di sawah rumput.
Mereka terbang berkumpulan – ada berpuluh – ada beratus - ada berbelas dalam satu kumpulan. Ada juga dua tiga ekor yang ketinggalan. Mereka terbang turun naik seperti di pukul angin.
Apa yang menarik disini – gua nak tahu lebih dalam hal PIPIT ini. Maka disini timbul budaya ilmu kita yang tidak ranum. Jika di Eropah – pasti ada kajian tentang PIPIT – Rumah dimana- PIPIT suka makan apa – umur berapa - terbang cari makan berapa jauh – tidur berapa jam dan dan dan.
Ini BUDAYA ILMU DI EROPAH – kita tidak ada budaya ini – yang ada hanya: APA HUKUM TERUSIK CIPAP ISTERI KETIKA PUASA kah kah kah ATAU Apa HUKUM TERTELAN AIR MANI SUAMI kah kah kah...
Kita jangan marahkan BUDAYA BARAT – terutama budaya keilmuan mereka yang hebat. Hingga ke hari ini GEDUNG ILMU masih ladi di BARAT – walau pun ( ramai tak tahu ) Universiti Pertama dalam Dunia didirikan di BAGHDAD.
Bukan saja hal PIPIT – gua juga nak tahu hal KETUM, PETAI, JERING – kenapa tidak ada keilmuan tentang semua ini – walhal semua ini wujud di sekeliling kita.
GUA nak tahu ada berapa jenis PETAI. Tanah macam man Petai subur. Apa khasiat petai. Macam mana nak simpai petai dan dan dan.
Begitu juga KETUM. Gua peminum air ketul. Gua guna untuk jadi sihat. Keluarga gua pengguna ketum. Kakak gua ambil daun ketum yang gugur untuk direbus. GUA nak tahu apa khasiat ketum. Berapa jenis ketum dan dan dan.
Kita baca ramai pelajar dapat banyak A. Kita baca ramai sosok yang pakai DOKTOR depan nama mereka. Apa ILMU MEREKA ? Apa buku tulisan mereka? Apa kajian mereka? Kenapa DUNIA tidak rujuk pada mereka.
Kenapa BBC RADIO tak pernah panggil mereka kah kah kah AMIN
AMERIKA
Banjir di Texas – lebih 100 mati - ramai lagi hilang. Kini tuduh menuduh timbul kerana Trump berhentikan PEGAWAI KAJI CUACA dan juga TEAM BANTUAN – Kurangkan pegawai kerajaan adalah kempen Trump dan Elon Musk.
ISRAEL
Zionis Blackrock merancang untuk menghalau SEMUA warga Palestin keluar dari Gaza.
AMERIKA
Dulu Trump umum hari akhir Tariff ialah 9 JULAI – ertinya esok kah kah kah. TACO – Trump Always Chicken Out – kah kah kah . Tarikh di lanjut sampai bulan September kah kah kah.
YAMAN
Houthi telah berjaya membedil kapal di Laut Merah. Kapal yang meniaga dengan Israel ini terbakar dan tenggelam.
IRAN
Presiden Iran menuduh Zionis Israel Blackrock cuba membunuh dia.
SINGAPURA
Mufti Singapura Syed Isa - 87 tahun meninggal dunia. Mufti ini paling lama berkhidmat sebagai mufti – dari tahun 1972 -2010. Al-fatihah.
SIAM
Kerajaan beri amaran banjir dan tanah runtuh di 33 wilayah. Musim hujan sampai.
SINGAPURA
Data terbaru menunjukkan perkahwinan makin kurang di Singapura. Tapi berancuk tidak mungkin berkurang. Amin
HOKKIEN
Pagi ini di pintu masuk simponi cengkerik kuat berbunyi. Langit mendung awan pucat putih. Matahari cahaya terlindung. KL & KL Sentral berjerebu. Angin sejuk bertiup kuat.
Ha ha di atas bukit - kumpulan PIPIT terbang – ada ramai berbelas ada berpuluh. Ini kawasan rumput yang belum di potong. Kawasan pintu rezeki Pipit.
Dari jauh suara Tekukur dan Tiong. Di jalan gua terlihat Tiong loncat meloncat.
Mana pergi HOW WOW .. gua lama tak dengar suara. Bila nak datang melawat Hokkien?
Hari ini akan panas. Petang gua harap ada Hujan Rahmat bawa sejuk.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA SEPERTI BIASA
BRO
Jika lu berjalan dan tidak mengubah arah. Kemungkinan besar lu akan sampai ke tempat yang di tuju.
BRO
Pedang yang terlalu tajam tidak akan bertahan lama.
BRO
Masalah kita SOSOK BAIK tak buat apa apa. Sosok jahat Madafaka jadi ketua. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan