PAGI INI
PAGI INI
AHAD 20 JULAI 2025
LAGI 5 HARI KITA BERDEMO
IKLAN DEMO
Ha ha tak sangka. Tidak disangka-sangka MB Perak iklankan demo SABTU 25 Julai 2025 ini. Dalam dunia iklan apa saja yang di katakan negatif atau positif adalah baik. Yang penting di SEBUT DEMO pada Sabtu 25 Julai.
MB melarang. Ini baik sekali. Apa yang dilarang oleh musuh ertinya apa yang kita lakukan ada betul benar dan bukan kerja sia-sia.
Lagi ramai mengutuk – lagi ramai melarang – lagi banyak laporan polis – lagi baik. Ini ertinya DEMO ini menyengat.
MADAFAKA buat kenyataan kah kah kah. Ini ertinya hebat. Ini ertinya satu iklan besar. Sama ada kutuk atau sokong... yang penting ada laporan media. Ini IKLAN terbaik... kah kah kah.
BERAPA RAMAI DATANG
Untuk gua 5000 orang sudah cukup. Jumlah ini akan di hormati kerana selama ini bila gua buat demo SOKONG PALESTIN – yang datang bawah 3000 – jika kali ini sampai lebih 5000 maka ini untuk gua berjaya. Kalau lebih ramai yang datang itu namnya BONUS ... kah kah kah.
APA ERTIN DEMO
Demo ini untuk tunjukkan kemarahan kita kepada kerajaan Madanon . Kita tuntut Madafaka letak jawatan. Ini tuntutan untuk mengolah persetujuan. Yang penting himpunan.
Ribuan yang berhimpun akan meluaskan pengaruh lagi. Berita akan keluar. Ini iklan lagi.
Kalau CERAMAH ialah kuliah politik – DEMO ialah praktikal. Lepas kuliah kita ada praktikal. Ini untuk memperkukuh kemarahan rakyat yang telah mendengar ceramah.
KEMARAHAN inilah yang wajib di terjemahkan ke pada undi untuk jatuhan kerajaan. Bila kerajaan Madanon runtuh kita dirikan kerajaan baru dengan PM BARU – amin
GAZA
Seramai 32 warga Gaza di tembak mati ketika beratus warga sedang menunggu bantuan makanan.
UKRAINE
Presiden Zelensky cadang minggu depan adakan rundingan damai. Nampak jelas Ukraine akan bungkus tidak lama lagi.
SYRIA
Kerajaan ISIS cuba damaikan pergaduhan antara kumpulan Druze dengan kumpulan Sunni di Sweida. Lebih dari 900 orang telah mati.
AMERIKA
Harga barang-barang mula naik di Amerika. Ini hasil dari kejayaan Trump mengenakan tarif. Yang kena bayar ialah pengguna di amerika sendiri.
RUSIA
Serangan hebat menggunakan drone di lancar oleh Rusia. Ini dalam suasana Ukraine sudah kehabisan senjata dan peluru. Amin
HOKKIEN
Pagi ini di pintu masuk cengkerik bersimponi kuat. Melesit suara dari hutan belukar. Cengkerik menyambut pagi yang segar dan cerah.
Matahari belum keluar. Langit tidak indah – biru pucat dengan awan putih. KL & KL Sentral berkabus dan berjerebu – kemarin panas membawa jerebu.
Tekukur bersuara. Sepasang burung melintas – gua agak ini Serindit – sambil terbang sambil bersuara – seperti Keng Keng – tapi suara tidak kuat.
Dah berapa hari Hujan Rahmat tidak sampai. Semua menunggu Hujan Rahmat. Gua harap hujan sampai petang ini bawa sejuk nyaman. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD
Tiang batu tegak berjemur
Pokok cempaka di tepi hutan
Sabtu depan turun berdemo
Tuntut Madafaka letak jawatan
Sungai mengalir di Bukit Merah
Tanam papaya benih di semai
Cukai naik rakyat marah
Jalan raya pilihan ramai
LAKUNAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan