Khamis, 10 Julai 2025

PANAS BAWA MAUT


Gelombang haba di Eropah ragut 2,300 nyawa


LONDON: Sekitar 2,300 orang maut akibat faktor berkaitan haba di 12 bandar Eropah semasa gelombang haba melampau yang berakhir minggu lalu, menurut satu analisis saintifik pantas yang diterbitkan semalam.

Kajian itu memberi tumpuan kepada tempoh 10 hari berakhir 2 Julai, di mana sebahagian besar Eropah Barat dilanda cuaca panas melampau, dengan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius di Sepanyol dan kebakaran hutan berlaku di Perancis.

Daripada jumlah kematian itu, 1,500 kes dikaitkan dengan perubahan iklim, yang menyebabkan gelombang haba menjadi lebih teruk, menurut kajian saintis di Imperial College London dan London School of Hygiene and Tropical Medicine.

"Perubahan iklim menyebabkan suhu menjadi jauh lebih panas berbanding biasa, yang menjadikannya jauh lebih berbahaya," kata Dr Ben Clarke, penyelidik dari Imperial College London.

Kajian itu membabitkan 12 bandar termasuk Barcelona, Madrid, London dan Milan, di mana penyelidik menyatakan bahawa perubahan iklim telah meningkatkan suhu gelombang haba sehingga 4 darjah Celsius.

Penyelidik menggunakan model epidemiologi yang ditetapkan dan data kematian sejarah untuk menganggarkan jumlah korban, yang merangkumi kematian akibat haba sebagai punca utama, termasuk kes di mana pendedahan kepada haba memburukkan keadaan kesihatan sedia ada.

Saintis berkata mereka menggunakan kaedah yang telah disemak oleh rakan penyelidik untuk menghasilkan anggaran korban dengan cepat, memandangkan kebanyakan kematian akibat haba tidak dilaporkan secara rasmi dan ada negara yang tidak mendedahkan data itu.

Menurut Khidmat Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) dalam buletin bulanan pada 9 Julai, bulan Jun lalu adalah bulan ketiga paling panas dalam sejarah, berbanding bulan yang sama pada 2024 dan 2023.

Eropah Barat mengalami bulan Jun paling panas yang pernah dicatatkan, dengan sebahagian besar wilayah mengalami 'tekanan haba yang sangat kuat', ditakrifkan sebagai keadaan yang terasa seperti suhu 38 darjah Celsius atau lebih, menurut Copernicus.

"Dalam dunia yang semakin panas, gelombang haba dijangka berlaku lebih kerap, lebih kuat, dan memberi kesan kepada lebih ramai orang di seluruh Eropah," kata Samantha Burgess, ketua strategik Copernicus untuk iklim.

Penyelidik daripada institusi kesihatan Eropah melaporkan, pada 2023, sehingga 61,000 orang mungkin maut akibat gelombang haba melampau di Eropah dan kajian baharu mencadangkan bahawa usaha kesiapsiagaan negara-negara menghadapi haba masih belum mencukupi.

Peningkatan suhu purata global disebabkan oleh pengumpulan gas rumah hijau dalam atmosfera, kebanyakannya berpunca daripada pembakaran bahan api fosil.

Peningkatan suhu asas itu menyebabkan gelombang haba berlaku, di mana suhunya boleh melonjak ke tahap yang lebih tinggi. - AGENSI

INI ANGKA

DI EROPAH

DI KUMPUL & ATUR

 AMIN

DI AFRIKA INDIA

MATI TAKDA

DATA DIKUMPUL

AMIN

PANAS PANAS

PANAS

AMIN

INI PERMULAAN

TIAP TAHUN

AKAN TAMBAH

PANAS

AMIN

APAKAH 

TUHAN RA

MARAH?

AMIN

INI BUKTI

MALAPETAKA

 IKLIM

KHALAS 

1 ulasan:

  1. Cerita malapetaka cuaca sudah diketahui, buktinya sudah berlaku lama, bukan sekarang, manusia semakin cerdik gali lubang, tebuk terowong, bawah laut atas gunung semuanya kehebatan manusia, tetapi sekali banjir lingkup, sekali panas teruk, sekali ribut semuanya terbang, jadi kehebatan manusia ini ada terhad, jangan alpha jangan wellfire selalu sampai lupa berjalan kaki, takut kaki pun sangkut selut terus tenggelam terus hanyut dengan mimpi syurga bidadari sedap ketat setiap masa kah kah kah

    BalasPadam