Rabu, 23 Julai 2025

PEMIMPIN MELAYU ISLAM KENA TIPU - CHINA JADI KAYA




Jho Low didakwa guna pasport Australia palsu daftar syarikat di UK


KUALA LUMPUR: Individu paling dikehendaki dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low, didakwa menggunakan pasport Australia palsu untuk mendaftarkan sebuah syarikat di United Kingdom (UK).

Perkara itu didedahkan wartawan penyiasatan, Tom Wright, menerusi satu hantaran di platform X, semalam.

Menerusi hantaran sama, Wright turut menunjukkan dokumen berkaitan syarikat terbabit dengan butiran sama seperti nama, bulan dan tahun lahir ahli perniagaan kontroversi berkenaan.

Menurut Wright, maklumat baharu yang diterima juga menunjukkan kemungkinan kaitan Jho Low dengan beberapa entiti korporat di Amerika Syarikat serta hubungan lain di Hong Kong.

"Pemburuan terhadap Jho Low membawa kepada bukti baharu. Pasport Australia palsu miliknya (dengan nama dan tarikh lahir sama) dipercayai digunakan untuk membuka sebuah syarikat di UK.

"Maklumat baharu turut diterima membabitkan syarikat di Amerika Syarikat serta kemungkinan ada kaitan dengan Hong Kong," katanya dalam hantaran berkenaan.

Hantaran itu dijangka mencetus semula tekanan terhadap usaha pengesanan dan ekstradisi Jho Low yang kali terakhir dikaitkan berada di China.

Sebelum ini, rakan Wright yang juga wartawan penyiasatan, Bradley Hope mendakwa Jho Low kini menetap di kawasan elit Green Hills, Shanghai, China.

Ahli perniagaan dalam buruan itu juga dikatakan menggunakan pasport palsu Australia atas nama Greek bagi menyembunyikan identiti.

Butiran itu didedahkan satu artikel bertajuk RICH LIST: Playboy Financier Jho Low Turned International Fugitive ditulis oleh Hope yang diterbitkan di laman Whale Hunting, pada 18 Julai lalu.

Dalam artikel itu, Hope turut mendakwa Jho Low berperanan sebagai strategis bayangan kepada kerajaan China, membantu syarikat yang dikenakan sekatan antarabangsa terus beroperasi di peringkat global.

Untuk rekod, Tom Wright dan Bradley Hope ialah wartawan penyiasatan yang dikenali menerusi pendedahan mereka mengenai skandal 1MDB ketika berkhidmat di The Wall Street Journal.

Mereka turut menulis buku terlaris berjudul Billion Dollar Whale, yang mendokumentasikan bagaimana Jho Low memperdaya institusi kewangan global, selebriti Hollywood dan pemimpin dunia.

Kini, mereka menubuhkan syarikat penerbitan penyiasatan bebas, Project Brazen, yang menjadi platform itu menjadi medium utama bagi mereka untuk terus menyiarkan perkembangan baharu berkaitan kes 1MDB dan keberadaan Jho Low.


WOIT

INILAH CONTOH

TERBAIK

KES PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

KENA TIPU

AMIN

MELAYU KENA TIPU

CHINA JADI KAYA

AMIN

INI TERUS

BERLAKU

KHALAS 

1 ulasan:


  1. Satu jadi pejuang, satu jadi pelampau agama, ikut selera siapa menulis, siapa jadi editor, siapa mempunyai agenda, ikut selera masing-masing, siapa tipu, siapa terbodoh memang terbukti, walhal agen China Merah tiada apa-apa jawatan, tiada apa-apa pangkat, tiada apa-apa lain pun, tetiba masuk pejabat PM, duduk bercuti bercumbu dalam lingkungan ketat, kalau setakat Ketua Kampung nak jumpa PM memang tidak dapat kah kah kah inilah hebatnya, terpaling tipis idea orang kita suka mencari kesalahan orang lain, bukan perkara baru pun, kalau tertangkap rasuah sekalipun akan suruh cari pemberi bukan penerima sebabnya orang kita, bangsa sama agama sama jadi malu tiada langsung kah kah kah, maka diputuskan penyimpan mohor besar bahawa siapa penipu siapa perasuah siapa perompak sekalipun perlu dibuktikan dalam mahkamah terutama mahkamah rakyat semuanya paksi kaum agama status kewangan kah kah kah

    BalasPadam