Selasa, 15 Julai 2025

TRUMP BERI PUTIN 50 HARI



Trump beri Russia 50 hari tamatkan perang Ukraine

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam memberi amaran kepada Russia untuk menamatkan perang Ukraine dalam tempoh 50 hari atau berdepan dengan sekatan ekonomi baharu yang besar.

Beliau turut membentangkan rancangan menyalurkan bekalan senjata baharu kepada Kyiv melalui NATO.

Trump berkata, beliau sangat tidak gembira dengan Presiden Vladimir Putin, sambil menegaskan kesabarannya telah hilang terhadap keengganan pemimpin Russia itu untuk menamatkan pencerobohan Ukraine yang sudah berlangsung selama tiga tahun.

"Kami akan mengenakan tarif yang sangat teruk jika kami tidak mencapai persetujuan dalam tempoh 50 hari, tarif sekitar 100 peratus," tegas Trump semasa mesyuarat bersama Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte.

Ahli Republikan itu menambah, tarif tersebut akan menjadi tarif sekunder yang menyasarkan baki rakan dagang Russia bertujuan untuk melumpuhkan keupayaan Moscow untuk bertahan daripada sekatan Barat yang sedia ada.

Trump dan Rutte juga mendedahkan perjanjian di mana perikatan ketenteraan NATO akan membeli berbilion dolar senjata daripada AS, termasuk bateri antipeluru berpandu Patriot dan menghantarnya ke Ukraine.

Rutte berkata, Trump mendakwa AS telah membayar lebih berbanding sekutu Eropah dan NATO untuk membantu Ukraine.

Jerman, Kanada, Denmark, Finland, Belanda, Norway, Sweden dan Britain adalah antara pembeli yang membantu Ukraine, tambah ketua NATO itu.

"Jika saya adalah Vladimir Putin hari ini, saya akan mempertimbangkannya semula dan saya harus memandang rundingan mengenai Ukraine dengan lebih serius," kata Rutte.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengumumkan beliau sudah bercakap dengan Trump dan berterima kasih atas perjanjian senjata itu.

Canselor Jerman, Friedrich Merz berkata Berlin akan memainkan peranan penting dalam rancangan senjata baharu itu.

Bagaimanapun, ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas, berkata tempoh akhir sekatan Trump terlalu lama.

"Lima puluh hari adalah masa yang sangat lama jika kita melihat mereka membunuh orang awam yang tidak bersalah setiap hari," katanya.

Trump cuba menjalin hubungan semula dengan Putin sejurus selepas memulakan penggal keduanya, dalam usaha untuk memenuhi janji kempen pilihan rayanya untuk menamatkan perang Ukraine dalam tempoh 24 jam.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TRUMP GERTAK

PUTIN

KAH KAH KAH

AMIN

NAK SEKAT

APA LAGI

KAH KAH KAH

PUTIN TAK

AMBIL POT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan