Isnin, 7 Julai 2025

UKRAINE TUNGGU MASA UNTUK BUNGKUS



Tentera Russia berjaya kuasai dua lagi perkampungan di Ukraine


MOSCOW: Pasukan tentera Russia berjaya menguasai dua lagi perkampungan di Ukraine di kawasan yang menjadi sasaran kemaraan mereka, masing-masing terletak di wilayah Donetsk di timur dan wilayah Kharkiv di timur laut, menurut Kementerian Pertahanan Russia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, kementerian itu memaklumkan tentera Russia menawan Piddubne di wilayah Donetsk, kawasan di mana pasukan Moscow sudah lama bergerak perlahan ke arah barat.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa pasukan Russia juga berjaya menawan Sobolivka, berhampiran bandar Kupiansk di wilayah Kharkiv, satu lagi kawasan yang sejak beberapa bulan lalu menjadi sasaran serangan berterusan mereka.

Kenyataan susulan kementerian itu menyebut kumpulan tentera Russia di bahagian "timur" berjaya menembusi kubu pertahanan di sekitar Piddubne.

Perkampungan itu terletak di barat daya Pokrovsk, salah satu kawasan tumpuan tindakan ketenteraan Russia dalam usaha menguasai sepenuhnya wilayah Donetsk.

Bagaimanapun, dalam kenyataan berasingan, Staf Am Ukraine tidak menyebut sebarang perubahan kawalan ke atas kedua-dua perkampungan berkenaan.

Namun, Ukraine melaporkan serangan Russia di beberapa perkampungan lain berhampiran Kupiansk yang menurut pegawai tempatan hampir musnah sepenuhnya selepas diduduki tentera Russia ketika awal pencerobohan pada Februari 2022.

Sobolivka terletak di sebelah barat bandar berkenaan dan sekiranya kenyataan pihak Russia itu benar, ia menunjukkan terdapat kemaraan tentera Russia di kawasan terbabit.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan di medan pertempuran daripada kedua-dua pihak secara bebas.

Dalam perkembangan berasingan, agensi berita Interfax melaporkan bahawa tentera Russia menyerang sebuah pangkalan udara Ukraine, kemudahan pengeluaran komponen untuk dron jarak jauh serta gudang peluru.

Sementara itu di wilayah timur laut Sumy, di mana tentera Russia berjaya mewujudkan kedudukan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, serangan artileri Russia dilaporkan meragut nyawa dua penduduk di perkampungan Bytytsya yang terletak berhampiran sempadan, menurut gabenor wilayah berkenaan.

Russia kini menguasai hampir 19 peratus kawasan yang diiktiraf secara antarabangsa sebagai wilayah Ukraine, termasuk wilayah Luhansk di timur, lebih 70 peratus wilayah Donetsk, Zaporizhzhia dan Kherson, serta sebahagian kawasan di wilayah Kharkiv dan Sumy.

Moscow sebelum ini menegaskan Ukraine perlu melepaskan tuntutan ke atas empat wilayah iaitu Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson sebagai syarat utama bagi sebarang penyelesaian damai yang berpotensi.


UKARINE AKAN

BUNGKUS

AMIN

AKHIR TAHUN

INI RUSIA

RANCANG NAK

SELESAI PERANG

AMIN

KHALAS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan