Pelantikan jawatan tertinggi hakim: Majlis Raja-Raja dijangka buat pengumuman esok
PUTRAJAYA: Majlis Raja-Raja dijangka mengumumkan pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman esok, sekali gus menamatkan polemik isu berkenaan, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perbincangan panjang berhubung perkara terbabit diadakan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung hari ini.
"Pagi ini saya sudah berbincang panjang dengan Majlis Raja-Raja dan saya fikir biarlah mereka yang membuat keputusan dan esok, mudah-mudahan akan ada satu pengumuman yang akan menolak semua persepsi negatif terbabit.
"Insya-Allah, apabila pengumuman dibuat nanti, ia akan membuktikan bahawa kerajaan ini, Kerajaan MADANI benar-benar komited kepada reformasi, termasuk prinsip kebebasan badan kehakiman," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan