Selasa, 12 Ogos 2025

ADA APA APA KE ?



Bersatu Gesa KPN Siasat Kelemahan Siasatan Polis Sabah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 25 – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah menggesa Ketua Polis Negara (KPN)  Mohd Khalid Ismail, untuk menjalankan siasatan menyeluruh berkenaan punca berlakunya kelemahan dalam siasatan yang dijalankan oleh Polis Sabah.

Ketika mencelah dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Saifuddin berkata bahawa siasatan perlu dijalankan untuk mengenalpasti pegawai dan anggota polis dalam siasatan yang tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Siasatan keatas siasatan terdahulu itu hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut:

“Saya menggesa agar Ketua Polis Negara turut mengarahkan siasatan menyeluruh berkenaan punca berlakunya kelemahan dan intipati kelemahan dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sabah berhubung kes ini, iaitu siasatan sebelum ini yang membawa kepada tertubuhnya pasukan khas Bukit Aman ini.

“Pengenalpastian pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam siasatan yang tidak dilaksanakan dengan sempurna itu. Ujarnya.

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga Ketua Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional (PN) berkata siasatan juga harus menrangkumi pengenalpastian individu yang telah mengeluarkan arahan yang membawa kepada kelemahan siasatan itu.

“Penentuan sama ada terdapat campur tangan daripada mana-mana pihak luar pasukan polis, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang mengakibatkan kelemahan siasatan itu.

“Penetapan tindakan tatatertib atau hukuman yang sewajarnya terhadap mana-mana pihak, sama ada daripada pasukan polis atau pihak luar, yang didapati melakukan pelanggaran prosedur atau salah laku berkaitan kelemahan siasatan itu. Katanya.

Beliau turut menekankan agar siasatan dapat menentukan sama ada kelemahan siasatan tersebut mempunyai kaitan dengan pelanggaran di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Semalam, Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa satu pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah dihantar ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Menurut kenyataan, penghantaran pasukan task force terdiri daripada sembilan anggota dan pegawai itu adalah komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh. @politiko.my


BETUL RAKYAT

SOKONG

AMIN

KENAPA TIDAK

ADA BEDAH SIASAT

AMIN

INI KES MATI

MENGEJUT

JENG JENG JENG

ADA APA APA KE?

ATAU   

 ADA KE KE APA?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan