Batu Pahat pula dilanda gempa bumi lemah
BATU PAHAT – Satu gegaran akibat gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Semerah di sini hari ini.
Menerusi mesej pemberitahuan Google, kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 dikesan pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Kejadian itu merupakan kali ketujuh melanda Johor selepas enam kali berlaku di sekitar daerah Segamat dan Yong Peng.
Portal ini sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung dakwaan itu.-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan