Ahad, 3 Ogos 2025

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT


Retak menanti belah? MIC beri isyarat kemungkinan penjajaran baru

Susulan dakwaan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, bahawa parti itu diketepikan oleh kerajaan perpaduan — sekali gus mencetuskan perang mulut dengan Umno dan DAP — Presiden MIC, SA Vigneswaran, tampil menjelaskan bahawa semua pilihan kini terbuka.

"MIC sedia berunding dengan mana-mana pihak demi masa depan MIC dan kesejahteraan masyarakat India,” katanya pada Perhimpunan MIC Perak semalam.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu berkata MIC belum menerima jemputan daripada mana-mana parti atau gabungan lain, namun menyatakan sudah tiba masanya parti itu mengambil tindakan demi kepentingan parti.

"Jadi saya telah memutuskan untuk membuka pintu perbincangan dengan pihak lain. Jika ia memberi manfaat kepada parti, saya akan lakukan apa sahaja yang perlu untuk masyarakat India juga," katanya.

Sebagai komponen BN, pengaruh MIC dilihat semakin merosot sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Pada 2020, MIC bersama Umno dan MCA menyertai PN bagi membentuk kerajaan selepas kejatuhan kerajaan PH yang hanya bertahan 22 bulan selepas menumbangkan BN pada 2018.

Dalam PRU15 pada 2022, MIC sekali lagi berdepan cabaran apabila hanya Saravanan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tapah, menjadikannya satu-satunya wakil MIC di Dewan Rakyat.

Vigneswaran pula gagal dalam percubaannya untuk merampas semula kerusi Sungai Siput — bekas kubu kuat MIC yang pernah diwakili bekas presiden dan tokoh tersohor parti itu, mendiang S Samy Vellu.

Di bawah pentadbiran Kerajaan Madani, MIC dan MCA — yang tidak mempunyai sebarang wakil dalam Jemaah Menteri — turut berdepan desakan agar keluar daripada BN.

Terdahulu, Saravanan memaklumkan bahawa MIC akan mengumumkan hala tujunya pada Perhimpunan Agung Tahunan parti itu Oktober ini.

Presiden Umno merangkap Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, kemudian menasihatkan MIC agar kekal bersama gabungan itu dan kerajaan perpaduan, menyifatkan MIC sebagai sebuah parti tersusun yang konsisten memperjuangkan nasib masyarakat India.

"Ia adalah parti yang sangat berpengaruh. Saya percaya jika pengundi India kembali menyokong MIC, parti itu akan dapat mempunyai lebih ramai wakil di Parlimen dan DUN," katanya.

Namun, kenyataan Saravanan turut mengundang reaksi sinis beberapa pihak. Adun DAP, M Thulsi, mencadangkan MIC keluar sahaja dari kerajaan Madani jika merasakan parti itu seperti "tetamu tidak diundang".

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, pula menuduh Saravanan terlalu taasub dengan jawatan — satu kenyataan yang membuatkan Saravanan mengimbas semula pendirian tegas Umno sebelum PRU lalu yang pernah menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, dan juga DAP.

INI BERITA

BAIK UNTUK

RAKYAT

AMIN

INI TANDA

MADAFAKA AKAN

RUNTUH

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Partaik mic boleh tutup terus la..itu pon geng madapundek kapla ganja sara..

    BalasPadam