Isnin, 25 Ogos 2025

CACING BARU MENYERANG MANUSIA



Kes baharu jangkitan 'screwworm' pada manusia di dikesan di AS


CHICAGO: Satu kes jangkitan parasit makan daging manusia, 'screwworm', disahkan dikesan berlaku di Maryland, membabitkan seorang individu yang pulang dari Guatemala ke Amerika Syarikat (AS), menurut empat sumber.

Mangsa yang menerima rawatan di Maryland itu adalah kes baharu pertama tahun ini membabitkan 'New World screwworm' di AS.

Wabak berkenaan kini dilaporkan semakin meningkat dan merebak ke utara dari Amerika Tengah serta selatan Mexico.

Doktor haiwan negeri Dakota Selatan, Beth Thompson, berkata beliau dimaklumkan mengenai kes itu minggu lalu oleh individu yang mengetahui secara langsung krisis terbabit.

Sumber kedua pula memberitahu, beliau melihat e-mel yang dihantar seorang pegawai kumpulan industri Beef Alliance pada 20 Ogos lalu kepada kira-kira dua dozen pihak dalam sektor ternakan dan daging lembu.

Ia memaklumkan bahawa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mengesahkan kes jangkitan screwworm pada seorang individu di Maryland yang tiba dari Guatemala.

Doktor haiwan negeri dimaklumkan mengenai kes itu dalam satu panggilan bersama CDC minggu lalu, kata satu sumber. Seorang pegawai kerajaan negeri Maryland turut mengesahkan kes berkenaan.

Bagaimanapun, jurucakap CDC dan Jabatan Kesihatan Maryland enggan mengulas lanjut ketika dihubungi.

Kes itu dilaporkan hanya seminggu selepas Setiausaha Jabatan Pertanian AS, Brooke Rollins, bersama pegawai kerajaan lain mengumumkan rancangan membina kemudahan lalat mandul di Texas sebagai sebahagian usaha membanteras serangga perosak itu.

'Screwworm' ialah sejenis lalat parasit apabila betina bertelur pada luka haiwan berdarah panas. Setelah menetas, ratusan larva akan menggigit dan menebuk isi hidup sehingga membunuh perumah jika tidak dirawat.

Perosak itu amat merosakkan ternakan lembu serta hidupan liar, dan jarang menjangkiti manusia, namun boleh membawa maut kepada haiwan atau individu yang dijangkiti. Rawatan pula rumit, memerlukan pembuangan ratusan larva dan pembersihan luka, namun jangkitan biasanya boleh diselamatkan jika dikesan awal.

Menurut emel dalaman, CDC sepatutnya melaporkan kes positif New World screwworm kepada pegawai kesihatan dan doktor haiwan negeri Maryland, selain memaklumkan pihak berkepentingan dalam sektor pertanian.

"Kami masih berharap bahawa memandangkan kesedaran setakat ini hanya terhad kepada wakil industri dan doktor haiwan negeri, kebarangkalian kes ini bocor kepada umum adalah rendah, sekali gus meminimumkan kesan terhadap pasaran," tulis seorang pegawai Beef Alliance.

Wakil Beef Alliance tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas. - AFP



AWAS !!!

JANGAN MAKAN

DAGING

AMIN

MAKAN SAYUR

LEBIH SELAMAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan