Isnin, 11 Ogos 2025

CARA ZIONIS DAN MADANI




5 wartawan Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah media

BANDAR GAZA: Al Jazeera berkata dua wartawannya, termasuk seorang wartawan terkemuka, Anas al-Sharif dan tiga jurukamera terbunuh dalam serangan Israel ke atas khemah mereka di sini, semalam.

Serangan itu adalah yang terbaru menyaksikan wartawan menjadi sasaran dalam perang 22 bulan di Gaza, dengan kira-kira 200 petugas media terbunuh sepanjang konflik itu, menurut pemerhati media.

Al-Sharif, 28, dikenali kerana liputan meluasnya dari utara Gaza sejak tercetusnya perang.

Al Jazeera mendakwa serangan itu adalah tindakan yang disasarkan secara khusus terhadap kumpulan wartawannya.

"Anas al-Sharif dan tiga rakan setugas maut apabila khemah untuk petugas media di luar pintu utama hospital terkena serangan," kata stesen berpangkalan di Qatar itu.

Tentera Israel mengesahkan mereka memang menyasarkan Al-Sharif, dengan menuduhnya sebagai pengganas yang menyamar sebagai wartawan dan mengetuai sebuah sel pejuang Hamas yang bertanggungjawab melancarkan serangan roket ke arah orang awam Israel dan anggota tentera.

"Sebentar tadi, di Bandar Gaza, IDF menyerang pengganas Anas al-Sharif, yang menyamar sebagai wartawan rangkaian Al Jazeera," kata tentera Israel dalam kenyataan di Telegram.

Al-Sharif adalah antara wajah paling dikenali dalam liputan Al Jazeera di Gaza, tampil setiap hari memberi laporan langsung dari kawasan konflik.

Hubungan Israel dan Al Jazeera sememangnya tegang sejak sekian lama, termasuk larangan operasi stesen itu di Israel dan serbuan pejabatnya susulan perang di Gaza.


CARA ZIONIS

BILA TAK SUKA

DENGAR BERITA

BUNUH PEMBAWA

BERITA

AMIN

CARA MADANI

BILA TAK

SUKA  DENGAR 

SOALAN

YANG DI TANYA

TANGKAP YANG

BERTANYA

AMIN

INILAH  CARA

KERJA ZIONIS

MADANI 

BLACKROCK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan