Rabu, 6 Ogos 2025

DUNIA MENUJU PERANG



Tentera Laut Russia dan China adakan rondaan bersama di Asia-Pasifik 


MELBOURNE: Kapal tentera laut Russia dan China akan melakukan operasi rondaan bersama di rantau Asia-Pasifik selepas selesai menjalani latihan ketenteraan di Laut Jepun baru-baru ini, lapor agensi berita Interfax hari ini.

Perkhidmatan Media Armada Pasifik Russia yang dipetik Interfax berkata, kru Tentera Laut Russia dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat (PLA) China akan membentuk satu kumpulan tugasan baharu bagi melaksanakan misi rondaan bersama di rantau Asia-Pasifik.

Kedua-dua angkatan laut berkenaan mengadakan latihan bersama di Laut Jepun dari 1 hingga 5 Ogos yang merangkumi tembakan artileri, latihan antikapal selam dan pertahanan udara serta meningkatkan keupayaan operasi mencari dan menyelamat di laut secara bersama.

Dalam fasa akhir latihan itu, kapal pemusnah antikapal selam Russia Admiral Tributs dan korvet Gromky, bersama kapal pemusnah China Shaoxing dan Urumqi, menjalankan latihan tembakan langsung dan simulasi operasi mengesan serta memusnahkan kapal selam musuh, menurut laporan Interfax.

Armada Pasifik Russia sebelum ini menegaskan bahawa latihan berkenaan bersifat pertahanan dan tidak ditujukan kepada mana-mana negara.

Russia dan China menandatangani perjanjian kerjasama strategik tanpa had sebelum Russia melancarkan perang di Ukraine pada 2022, sering mengadakan latihan bersama bagi memperkukuh koordinasi ketenteraan serta menghantar mesej pencegahan kepada pihak lawan.

80 TAHUN DULU

BOM ATOM

MELEDAK

AMIN

KALI INI

JIKA MELEDAK

KITA SEMUA

AKAN PERGI

AMIN

YANG MATI

AKAN SELAMAT

YANG HIDUP

AKAN MERANA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan