Khamis, 28 Ogos 2025

INDIA JADI MANGSA TRUMP



Kenaikan tarif berganda Trump jejaskan India

WASHINGTON: Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggandakan tarif ke atas import dari India sehingga 50 peratus berkuat kuasa, semalam memberikan tamparan hebat kepada hubungan dua negara itu.

Tarif 'menghukum' 25 peratus itu dikenakan kerana pembelian minyak Russia oleh India, ditambah ke atas tarif 25 peratus sebelum ini yang dikenakan Trump terhadap import dari negara Asia Selatan itu.

Jumlah keseluruhan kini meningkatkan kadar duti sehingga 50 peratus untuk barangan seperti pakaian, permata dan barang kemas, kasut, peralatan sukan, perabot serta bahan kimia, antara yang tertinggi dikenakan oleh AS dan hampir setara dengan Brazil serta China.

Tarif baharu itu mengancam ribuan pengeksport kecil dan pekerjaan di India, termasuk di Gujarat dan dijangka menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara membangun yang paling pesat berkembang di dunia.

Tiada tanda-tanda rundingan baharu antara Washington dan New Delhi, selepas lima pusingan rundingan sebelum ini gagal menghasilkan perjanjian perdagangan untuk menurunkan tarif AS kepada sekitar 15 peratus seperti yang dipersetujui Jepun, Korea Selatan dan Kesatuan Eropah.

Bagaimanapun, seorang sumber kerajaan India berkata New Delhi berharap AS akan mengkaji semula tambahan tarif 25 peratus itu, sambil menambah bahawa kerajaan sedang merancang langkah bagi mengurangkan kesannya.

Tiada reaksi pasaran India terhadap langkah itu, semalam, kerana bursa ditutup.

Bagaimanapun Selasa lalu, penanda aras ekuiti mencatat sesi terburuk dalam tempoh tiga bulan selepas pengumuman rasmi dari Washington mengesahkan tambahan tarif berkenaan.

Rupee India juga meneruskan trend kejatuhan untuk lima sesi berturut-turut pada Selasa, berakhir pada paras terendah dalam tempoh tiga minggu.

Notis Kastam dan Perlindungan Sempadan AS kepada penghantar barang menyediakan pengecualian selama tiga minggu untuk barangan India yang dimuatkan ke dalam kapal dan sedang dalam perjalanan ke AS sebelum tarikh akhir pada tengah malam.

Penasihat perdagangan Rumah Putih, Peter Navarro, berkata India hanya perlu berhenti membeli minyak Russia untuk mengurangkan cukai import AS.

"Caranya mudah, India boleh mendapat potongan 25 peratus esok jika ia berhenti membeli minyak Russia dan membantu membiayai mesin perang (Russia)," katanya. - AFP



RUSIA ADALAH

SAHABAT 

LAMA INDIA

AMIN

INDIA PASTI

AKAN CARI 

RAKAN NIAGA 

BARU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan