Khamis, 21 Ogos 2025

ISRAEL SIAPA SEDIA TAWAN GAZA


Israel gerakkan 60,000 anggota tentera simpanan tawan Bandar Gaza


BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, meluluskan rancangan tentera untuk menawan Bandar Gaza dan membenarkan kerahan kira-kira 60,000 anggota simpanan, kata kementeriannya pada Rabu.

Ketika dihubungi AFP, seorang jurucakap daripada Kementerian Pertahanan mengesahkan laporan yang disiarkan media Israel.

Langkah itu dilihat sebagai persiapan bagi menghadapi fasa baharu konflik yang dijangka lebih sengit, susulan peningkatan ketegangan dan operasi ketenteraan yang berterusan di wilayah Gaza.

Tindakan Katz itu meningkatkan tekanan ke atas Hamas ketika pengantara yang sedang berusaha mencapai gencatan senjata dalam perang hampir dua tahun di Gaza itu masih menunggu maklum balas rasmi Israel mengenai cadangan terbaru mereka.

Kumpulan Hamas semalam, mengecam rancangan ketenteraan Israel untuk menawan Bandar Gaza itu, sambil menyifatkannya sebagai satu "penghinaan terang-terangan" terhadap usaha yang sedang dijalankan bagi mencapai gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan dalam konflik yang telah berlarutan hampir dua tahun.

"Dalam kenyataan hari ini, tentera Israel mengumumkan permulaan operasi terhadap Bandar Gaza dan hampir sejuta penduduk serta pelarian yang berada di dalamnya... perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peduli terhadap usaha yang dilakukan oleh para pengantara," menurut kenyataan rasmi Hamas.

Konflik antara Israel dan Hamas semakin meruncing sejak 2023, dan rundingan untuk mencapai penyelesaian damai terus menemui jalan buntu, meskipun pelbagai usaha diplomatik telah dijalankan oleh negara-negara serantau dan kuasa besar antarabangsa.

Walaupun pengantara Qatar agak optimis terhadap cadangan itu, seorang pegawai kanan Israel, berkata kerajaan tetap bertegas dengan tuntutan pembebasan semua tebusan dalam mana-mana perjanjian.

Seorang pegawai tentera Israel memberitahu media semalam, kira-kira 50,000 anggota tentera simpanan akan dipanggil semula, dengan proses pengambilan semula dijangka bermula pada September.

Pegawai itu berkata, pasukan utama yang akan beroperasi di Gaza pada fasa serangan seterusnya itu terdiri daripada anggota tentera aktif, yang akan menumpukan operasi di Bandar Gaza.

Katanya, tentera Israel sudah pun beroperasi di kawasan kejiranan Zeitoun dan Jabalia di Bandar Gaza sebagai sebahagian daripada peringkat awal pelan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Kecemasan bandar Gaza, Mustafa Qazzaat, berkata, sebahagian besar penduduk sudah bersiap sedia untuk melarikan diri dari kawasan kejiranan timur akibat peningkatan serangan itu.

Seorang penduduk, Anis Daloul, 64 tahun, berkata bahawa tentera Israel memusnahkan sebahagian besar bangunan di kawasan Zeitoun dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.

Pada awal bulan lalu, Kabinet Keselamatan Israel yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah meluluskan rancangan untuk menawan Bandar Gaza, mencetuskan kebimbangan bahawa langkah itu akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah pun berada pada tahap kritikal di wilayah berkenaan.

Menurut laporan media Israel, Netanyahu belum memanggil mesyuarat kabinet keselamatan bagi membincangkan sebarang tindak balas terhadap cadangan gencatan senjata terbaru.

Namun, dalam satu kenyataan semalam, pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Netanyahu sudah mengarahkan supaya jadual masa bagi menawan kubu terakhir kumpulan pengganas dan menewaskan Hamas dipercepatkan, tanpa menyatakan tempoh masa yang jelas. - AFP



NEGARA ARAB

NEGARA ISLAM

HANYA BERUPAYA

BERCAKAP DI PBB

SAMBIL  

GARU TELOR

AMIN

HANYA HAMAS

HANYA HEZBULLAH

HANYA HOUTI

BERSAMA IRANI

BERANI MELAWAN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan