Isnin, 18 Ogos 2025

MADAFAKA DAH TAKUT



PMX Takut Lihat Kebangkitan Rakyat, Dakwa Pejuang


KUALA LUMPUR, 18 Ogos 25 – Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid mendakwa rakyat kini sudah berani bangkit mempersoal kerajaan selepas himpunan Turun Anwar di ibu negara sebelum ini.

Peguam itu mendakwa, ia juga menyebabkan Anwar Ibrahim merasa terancam dan takut dengan kebangkitan rakyat yang mempersoalkan banyak perkara kepada pentadbiran kerajaan pimpinannya.

“Saya percaya PMX ketakutan. Maka dia cuba takutkan rakyat. PMX ketakutan kerana rakyat bangkit. Kerana rakyat mula persoal kelemahan kerajaan dan PMX sendiri.

“Kita sedang saksikan ‘after effect’ Himpunan Turun Anwar. Rakyat mula ke hadapan untuk suarakan rasa tidak puas hati,” kata Rafique dalam hantaran Facebook.

Rafique mendakwa isu kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qarina Mahathir dan bendera Jalur Gemilang terbalik antara yang mendapat perhatian ramai dan mempersoalkan pihak berkuasa.

“Tiada post mortem. Cuba disapu bawah karpet. Cuba disenyapkan. Rakyat hidu, rakyat bertanya, rakyat bergerak dan rakyat bersuara. Setiap yang ada di tempat kuasa dipersoal. Apa salah Rakyat dalam isu Zara Qairina?

“Bendera terbalik tidak boleh kompromi. Maka rakyat berhimpun , bersuara , kutuk mereka yang tidak hormat Jalur Gemilang. Alasan si pelaku pula tidak boleh terima akal. Selalunya mereka tekan butang OKU. Rakyat tidak puas hati kerana tindakan seperti tiada.

“Apa salah Rakyat dalam isu Jalur Gemilang?,” soalnya.

Disebabkan persoalan sedemikian, Anwar dakwanya semakin garang, dan menggesa agar tidak lagi berlaku sebarang unsur hasutan.

“Semalam perdana menteri marah dan garang. Hentikan menghasut katanya. Perlu jaga keharmonian negara. Dalam ucapan ugutan itu,PMX sempat beri amaran terkahir. Seolah arahan pada polis,” kata Rafique.

“Nasihat saya pada PMX.Perbetul diri anda dulu. Pada rakyat, teruskan bersuara. Itu hak anda…ugutan rakyat jauh lebih mereka takuti.” @politiko.my

AWAS !!!

RAKYAT MAKIN

BERANI

KE JALAN RAYA

AMIN

BILA MADAFAKA

TAKUT 

DIA AKAN LAGI

ZALIM 

UNTUK TERUAS

 BERKUASA

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan