Isnin, 25 Ogos 2025

MADAFAKA TAKDA MAJORITI DALAM PARLIMEN



Petronas Sebagai ‘Custodion’ Minyak Negara Tergugat Bawah Anwar


Sejak 1974, Petronas diakui sebagai pemegang amanah tunggal (custodian) untuk minyak dan gas Malaysia melalui Akta Pembangunan Petroleum (PDA 1974).

Namun, kedudukan kukuh ini kini diuji oleh keruntuhan kepimpinan, bukan dari luar negara, tetapi oleh kelemahan Perdana Menteri sendiri.

Petronas mencatat penurunan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 32% tahun 2024, turun ke RM55.1 bilion daripada RM80.7 bilion tahun sebelumnya, lapr Reuters. Punca utama ialah harga jualan minyak dan gas yang menyusut, serta kesan pelepasan Engen Group dan imbangan terjemahan mata wang asing.

Pendapatan telah turut menurun sebanyak 7%, daripada RM343.6 bilion ke RM320 bilion. Petronas juga terpaksa menyusun semula organisasi, termasuk pengurangan kakitangan sebanyak 10% dan pembekuan pengambilan kakitangan sehingga Disember 2026

Penubuhan PETROS oleh Sarawak menuntut peranan dalam pengagregatan gas domestik, satu tindakan yang jelas mencabar kedudukan eksklusif Petronas. Jurang perundangan semakin jelas apabila Sarawak menggunakan ordinannya sendiri terhadap Petroleum Development Act.

Meskipun impak kewangan dijangka terhad, dengan potensi penurunan pendapatan tidak melebihi 11% menurut CreditSights, tetapi impak terhadap imej dan keperluan pelabur terhadap kestabilan dasar tenaga negara jelas merisaukan.

Isu ini berlaku dalam era pimpinan Anwar Ibrahim yang sepatutnya menunjukkan ketegasan dasar. Namun, realitinya jauh daripada ideal.

Anwar dilihat lebih mengutamakan kedudukan politiknya daripada mempertahankan prinsip – sokongan GPS untuk survival politik menyebabkan kompromi terhadap usaha menjaga Petronas sebagai institusi kukuh, terjejas teruk.

Sikap Anwar ini juga memberi impak reputasi terhadap pelabur asing, persepsi ketidaktentuan dasar menjadikan pelabur skeptikal terhadap kestabilan Malaysia sebagai pemain industri tenaga.

Walaupun Petronas masih mampu memberi komitmen dengan membayar dividen RM32 bilion kepada kerajaan tahun 2024, namun ketergantungan kerajaan terhadap Petronas semakin surut iaitu hanya 20% perolehan negara dikaitkan dengannya berbanding 40% sebelum ini.

Ini satu keputusan strategik yang melemahkan institusi dan menjadikan sumber pendapatan negara terpecah.

Petronas kini bersaing dengan cabaran global dimana harga pasaran jatuh, peralihan ke tenaga hijau dan dibuli oleh kelemahan politik domestik.

Anwar Ibrahim, yang sepatutnya menjadi benteng kepentingan nasional, tetapi dia memilih untuk berkompromi demi kelangsungan politik sendiri. Hasilnya, reputasi Petronas tercalar di peringkat global, keyakinan pelabur tergugat.

Pemain industri tenaga dunia mentertawakan Petronas yang dilihat gagah, tetapi layu diperingkat domestik akibat kelemahan kepimpinan ahli politik.

Jika dasar strategik negara pun lemah di tangan PM, maka apa lagi yang boleh diharapkan daripada kepimpinannya? @analitiko

MADAFAKA

TAKDA MAJORITI

DALAM PARLIEMN

AMIN

ZAHID PAU 

DAPAT DNAA

AMIN

DAP PAU

DAPAT TANAH

AMIN

SARAWAK PAU

DAPAT MINYAK

AMIN

SABAH MARAH

BERI AMBALAT

PADA INDON

AMIN

LALU SABAHAN 

TURUN KE JALAN

ATAS NAMA ZARA

KHALAS

3 ulasan:

  1. no majoriti kena runtun kah kah kah x x ezi hehehe !!!

    BalasPadam
  2. tak dak majority minta immuniti ok lah dapat tangguh yang lain dah dapat dnaa etc kah kah kah rakyat minta akta hasutan eleek bagilah..,,,

    BalasPadam
  3. Derma lagi sedekah lagi demi mencari populariti, inilah kuali yang ada sekarang kah kah kah, orang tempatan yang bayar segala cukai tak dapat apa-apa, semuanya kerana bangsa agama ketuanan berkuasa penuh kah kah kah

    BalasPadam