Ahad, 24 Ogos 2025

MALAYSIA WAJIB IKUT CARA VIETNAM


Pulau buatan Vietnam di Kepulauan Spratly mungkin menyaingi China

WASHINGTON: Vietnam memperluas pembinaan pulau buatan di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan dan dijangka menyaingi China, lapor sebuah pusat kajian pemikir Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan daripada Inisiatif Ketelusan Maritim Asia, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), imej satelit terkini menunjukkan sejak awal tahun ini, Vietnam memperluas pembinaan pulau kepada lapan terumbu yang sebelum ini tidak disentuh oleh pusingan reklamasi yang bermula pada 2021.

Laporan CSIS menunjukkan Vietnam menjalankan kerja pengorekan dan pemindahan tanah di Alison Reef, Collins Reef, East Reef, Lansdowne Reef dan Petley Reefs.

Laporan itu juga menyatakan perluasan baru sudah bermula di tiga lokasi yang sebelum ini mempunyai pulau buatan bersaiz sederhana hasil pusingan pengorekan terdahulu: Amboyna Cay, Grierson Reef dan West Reef.

Kini, kesemua 21 batu karang dan kawasan pasang surut yang dikuasai Vietnam di Spratly telah diperluas menjadi pulau buatan, berbanding empat tahun lalu yang kebanyakannya hanya menempatkan struktur pertahanan kecil.

"Sehingga Mac 2025, Vietnam telah mencipta kira-kira 70 peratus daripada tanah buatan di Spratly berbanding China.

"Projek baru ini hampir pasti menjadikan Vietnam setanding, malah mungkin melebihi, skala pembinaan pulau Beijing," menurut laporan itu.

China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan, walaupun tuntutan ini bertindih dengan Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Beijing juga menjalankan kerja pembinaan pulau secara meluas, yang ditentang oleh AS dan sekutunya.

Laporan CSIS menyatakan imej satelit menunjukkan infrastruktur, termasuk kontena simpanan senjata, mula muncul di terumbu yang dituntut Vietnam di mana kerja pengorekan hampir selesai, seperti di Barque Canada Reef, Discovery Great Reef, Ladd Reef, Namyit Island, Pearson Reef, Sand Cay, dan Tennent Reef.

Lokasi struktur baharu dan depot senjata menunjukkan hanya satu landasan penerbangan yang dibina di Barque Canada, bersambung dengan satu-satunya landasan sedia ada Vietnam di Spratly.

Kedutaan China dan Vietnam di Washington belum memberikan maklum balas mengenai laporan CSIS itu.

Pada Februari, China menyatakan menentang aktiviti pembinaan Vietnam di Barque Canada Reef, mendakwa ia milik wilayah China.

Pada 2016, Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague memutuskan tuntutan China ke atas Laut China Selatan tidak disokong oleh undang-undang antarabangsa, keputusan yang ditolak Beijing.

INI LANGKAH

BIJAK DARI

VIETNAM

AMIN

MALAYSIA JUGA

WAJIB IKUT 

CARA VIETNAM

AMIN

IKUT CARA

FILIPINA

KHALAS

1 ulasan:

  1. Woit cat jalan dah tak nampak, tolong cat dahulu, jalan berlubang tolong tampal dahulu, tandas awam tiada paip cuci bontot sila pasang dahulu, benda asas pun tak boleh sediakan, longkang penuh tanah tak korek, longkang sumbat, jalan buruk, sampah sarap merata tempat, pantai penuh sampah sungai penuh kotoran tolong atur ini dahulu sebelum bina kereta terbang, sebelum bercakap pasal AI? Tolonglah kah kah kah selamat negara daripada kumpulan perasuah yang diberi pingat pangkat jawatan dan gaji elaun tetap kah kah kah

    BalasPadam