Jumaat, 22 Ogos 2025

MELAYU TOLAK UMDAP


Mengaku tidak bersalah Akmal minta dibicarakan

BUKIT MERTAJAM — Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh, 37 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial yang menimbulkan kegentaran dan keselamatan awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka itu memohon kesnya dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Mengikut pertuduhan, Akmal didakwa mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya yang ia dilihat menimbulkan kegentaran awam apabila mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam, pukul 3 petang pada 11 Ogos lalu.

Kenyataan itu dilihat serta didengar oleh Chong Wei Hoong di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, di sini, yang mungkin menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya,  Mohd Nordin Ismail, manakala Dr Akmal diwakili barisan peguam diketuai Aizat Azam.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000, namun Aizat memohon anak guamnya diberikan jaminan RM2,000 dengan alasan beliau perlu menyara seorang isteri serta dua anak yang masih kecil dan bersekolah.

Katanya, Dr Akmal juga perlu melaksanakan tugas rasminya sebagai wakil rakyat serta tugas Exco di Melaka, selain perlu menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia .

Mahkamah membenarkan Dr Akmal diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September depan untuk serahan dokumen.

Terdahulu, ketibaan Ketua Pemuda UMNO itu tiba di Mahkamah Majistret, di sini, pukul 8.20 pagi disambut dengan laungan sorakan ‘hidup pemuda’ oleh ratusan penyokongnya yang berhimpun di luar bangunan mahkamah seawal 7 pagi tadi.

Puluhan anggota polis ditempatkan di lokasi bagi mengawal lalu lintas dan pergerakan orang awam ke mahkamah selain memastikan keselamatan terjamin.

Pada 14 Ogos lalu, Akmal dilaporkan mengetuai lebih 300 individu dalam satu perarakan sejauh 1.4 kilometer bagi membantah tindakan sebuah kedai perkakasan yang mempamerkan bendera negara secara terbalik di Kepala Batas.— BebasNews

PEMIMPIN MUDA

BERANI TOLAK

UMDAP DAN

ZAHID HAMIDI

AMIN

UMNO AKAN

MAJU JAYA

DIBAWAH

 DR AKMAL

KHALAS

1 ulasan:

  1. orang kampung dia sendiri panggil akmal kepala butoh! masih mau sokong kepala butoh ini lagi kah?

    BalasPadam