Jumaat, 29 Ogos 2025

NEGARA ISLAM BERI DANA PADA ZIONIS




Menteri Kewangan Israel gesa Netanyahu guna pakai pelan 'capai kemenangan di Gaza menjelang akhir tahun'


BAITULMAQDIS: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, mendesak kerajaan rejim Zionis untuk mula merampas atau mengilhak satu demi satu bahagian di Semenanjung Gaza jika kumpulan pejuang Palestin, Hamas, bertegas enggan meletakkan senjata.

Pada sidang media di Baitulmaqdis, semalam, Smotrich - menteri berhaluan paling kanan dan lantang menentang sebarang perjanjian dengan Hamas untuk menamatkan perang yang berlarutan sejak Oktober 2023 - membentangkan perancangannya untuk Israel 'mencapai kemenangan di Gaza menjelang akhir tahun ini'.

Berdasarkan cadangan Smotrich, Hamas akan diberi kata dua untuk menyerah diri, melucutkan senjata dan membebaskan tebusan.

Sekiranya Hamas enggan, Smotrich berkata, Israel harus merampas satu bahagian wilayah itu setiap minggu untuk tempoh selama empat minggu sehingga sebahagian besar Semenanjung Gaza berada bawah kawalan penuh Israel.

Mengikut pelan itu, katanya, rakyat Palestin akan diarahkan berpindah ke selatan Gaza terlebih dahulu, disusuli tindakan Israel mengepung bahagian utara serta tengah wilayah berkenaan untuk menumpaskan baki pejuang Hamas dan kemudian menakluk dengan langkah pengilhakan.

"Ini boleh dicapai dalam tempoh tiga hingga empat bulan," katanya sebagaimana dilaporkan AFP.

Smotrich membuat kenyataan berkenaan tatkala tentera Israel terus melancarkan serangan besar-besaran untuk merampas kawalan ke atas Bandar Gaza yang juga bandar terbesar di Gaza, tanpa mengendahkan peningkatan kebimbangan global akan nasib orang awam Palestin di sana.

Sebaliknya, Smotrich menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, supaya mengguna pakai pelan itu sepenuhnya dengan segera.

Usul Smotrich itu dikecam Hamas yang menegaskan ia bersamaan dengan pengiktirafan terbuka kepada dasar pemindahan paksa dan penghapusan etnik ke atas rakyat Palestin.

Smotrich adalah seorang daripada beberapa ahli berhaluan paling kanan dalam kerajaan gabungan Israel, yang menyokong pembinaan semula penempatan peneroka haram Yahudi di Semenanjung Gaza. Pada 2005, Israel telah membawa tenteranya dan peneroka haram Yahudi keluar dari wilayah itu.

Sebagai penyokong tegar gerakan penempatan haram Yahudi, Smotrich pada minggu lalu meluluskan satu projek besar di kawasan yang dikenali sebagai E1 di timur Baitulmaqdis dengan tujuan untuk 'menguburkan idea penubuhan Negara Palestin.'

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan di New York, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata langkah awal Israel untuk menguasai Bandar Gaza secara ketenteraan menandakan fasa baharu yang berbahaya, lapor Xinhua.

"Ratusan ribu orang awam - yang sudah keletihan dan trauma - akan dipaksa untuk melarikan diri sekali lagi dan menjerumuskan keluarga mereka ke dalam bahaya lebih besar. Ini mesti dihentikan," katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC), semalam, menurut laporan BERNAMA-XINHUA.

Guterres sekali gus menuntut akauntabiliti atas 'serangan Israel yang tidak berperikemanusiaan', termasuk dua serangan ke atas Hospital Nasser di Khan Younis pada awal minggu ini yang mengorbankan orang awam termasuk petugas perubatan dan wartawan.

Sambil menekankan bahawa semua peristiwa itu disaksikan oleh dunia, beliau berkata, tahap kematian dan kemusnahan di Gaza tiada bandingannya dalam sejarah terbaharu.

"Kebuluran bukan lagi kemungkinan akan berlaku, sebaliknya adalah satu malapetaka kini. Orang ramai sedang mati akibat kelaparan sedangkan sistem makanan, air dan penjagaan kesihatan di Gaza telah dimusnahkan secara sistematik.

"Ini adalah fakta di lapangan, dan ia adalah hasil daripada keputusan yang disengajakan dan mencabar nilai asas kemanusiaan," katanya.

Beliau menegaskan, Israel mesti memastikan bekalan makanan, air, ubat-ubatan serta keperluan lain, selain bersetuju dan memudahkan akses kemanusiaan yang lebih besar ke Gaza, di samping melindungi orang awam serta infrastruktur awam.

"PBB dan rakan kongsi sedang melakukan segala yang termampu, namun lazimnya dengan risiko besar terhadap keselamatan diri.

"Seramai 366 kakitangan PBB sudah terbunuh secara tragis. Usaha kemanusiaan dihalang, ditangguh dan dinafikan. Ini tidak boleh diterima," katanya.

Sambil mengaku situasi di Tebing Barat juga amat membimbangkan, Guterres berkata, operasi ketenteraan, keganasan peneroka haram Yahudi, perobohan serta dasar diskriminasi telah mendorong pemindahan paksa penduduk dan meningkatkan lagi kerentanan.

Katanya, peluasan penempatan haram yang berterusan telah memecahbelahkan komuniti dan memutuskan akses kepada sumber penting.

Beliau menegaskan, tindakan Israel meluluskan pelan pembinaan ribuan penempatan di kawasan E1 (bersempadan dengan penempatan Ma'ale Adumim di Tebing Barat yang diduduki) secara berkesan akan memisahkan utara dan selatan Tebing Barat, yang merupakan 'ancaman terhadap penyelesaian dua negara.'

"Penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, telah diwujudkan – dan dikekalkan – dengan melanggar undang-undang antarabangsa. Israel mesti menghentikan tindakan itu dan mematuhi tanggungjawabnya," katanya.

Guterres menekankan bahawa kebuluran orang awam tidak boleh sekali-kali digunakan sebagai kaedah peperangan, sebaliknya orang awam mesti dilindungi dan akses kemanusiaan harus tidak dihalang.

"Jangan lagi ada alasan. Jangan lagi ada halangan. Jangan lagi ada pembohongan," katanya.



NEGARA ARAB

NEGARA ISLAM

HANYA UPAYA

GARU TELOR

AMIN

TAPI ADA JUGA 

BERI BANTUAN

PD ZIONIS ISRAEL

AMIN

TURKI BEKAL

MINYAK & MAKANAN

JORDAN BERI

LAPORAN INTEL

MESIR LARANG

AKTIVIS MASUK

KE GAZA

AMIN

SYRIA

TANGAKP

PEJUANG PALESTIN

MALAYSIA BERI

DANA MELALUI

BLACKROCK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan