PAGI INI
PAGI INI
SABTU 23 OGOS 2025
ANAK RAFIZI
ANAK RIFIZI – kes anak Rafizi di cucuk berlaku pada Rabu 13 Ogos – hari ini 23 Ogos – dah 10 hari. Polis kata siasatan masih berjalan. Bahan kimia yang di cucuk pada anak Rafizi masih di kaji.
PELIK PELIK PELIK – ambil 10 hari untuk kaji apa cecair yang di suntikan pada anak Rafizi. Lama betul- wow !!! jeng jeng jeng – PASAI APA ? Nak hantar ke MAKMAL mana ? jeng jeng jeng.
TALIPON – Numbo talipon yang hantar amaran pada ISTERI Rafizi telah di ketahui pemilik – WARGA ASING – sapa? Bangla ? Indon ? Israel ke ? Jeng Jeng JENG.
RAFIZI terang terang beri tahu bahawa sebelum SERANGAN berlaku dia ada bertemu ....??? Bertemu pembocor berita. KES APA? Kes RASUAH di SABAH yang melibatkan Farhash.
Justeru apa pertalian antara SERANGAN, RASUAH dan FARHASH – jeng jeng jeng ... kita perlu deketeketif tapi yang ada bukan Mat Bond tapi Mat Belit .. maka berbelit belit kes ini ...kah kah kah.
ARWAH ZARA
Demo masih diteruskan. Di Alor Setar di Kuantan – di Kota Kinabalu – Ini terbaik. Ini sahih lagi sah rakyat sudah tahu politik turun ke jalan raya. TAK TURUN JALAN RAYA akan MATI KATAK. AMIN
GAZA
Satu juta warga Palestin di Gaza dalam kebuluran. Lembaga Kaji Siasat PBB umumkan perkara ini. Setanyahu nafi.
Warga Gaza di arah untuk pindah ke Selatan – Soldadu Zionis Blackrock nak masuk. Tapi warga Gaza amat lemah tak makan tak ada tenaga untuk bergerak.
INDIA
Arahan untuk hapuskan ANJING LIAR di NEW DELHI di tarik balik. Kini Majlis di arahkan untuk memandul jantan dan betina agar tak kuat BERANCUK.
UKRAINE
Paip yang membawa minyak ke Hungary dan Slovakia dari Rusia di bom oleh Ukraine.
NIGERIA
Seramai 60 orang warga China Merah, seramai 39 warga Filipina di halau dari Nigeria kerana terlibat dalam PENIPUAN INTERNET.
AMERIKA
Trump kali ini nak naikkan TARIF pada bahan perabot yang akan masuk ke Amerika.
HOKKIEN
Gua baru berjalan nak ke Hokkien – di tepi pagar atas bukit hutan belukar – gua dengar Murai bercekak. Wow bising amat bising. Entah berapa ekor mereka. Seekor terbang lari masuk ke kawasan rumah sampah Le Chateau.
Bila gua masuk ke Hokkien – Matahari dah keluar. Pagi ini cerah segar basah. Langit biru indah. KL & KL Sentral berkabus. Ujan kemarin.
Tak Tak dan Ezi melintas di tepi Pokok Ara – kali ini tak ada salakan dari Warga Asal. Pagi ini mereka dah berhijrah entah ke mana.
Seperti biasa Tekukur berlagu dari atas bukit. Yang lain gua tak dengar.
Hari ini akan panas. Dari laporan - musim panas ini akan sampai ke bulan September – wow !
Jap lagi gua nak ke Chow Kit – makanan gua dah. Nak tengok minggu ini buah apa yang melambak di pasar. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU
BRO
Pertempuran yang paling besar ini berperang melawan takut.
BRO
Satukan semua tenaga – serang musuh yang satu. Musuh ke kepada musuh lu ialah kawan lu.
BRO
Bodoh yang paling bangang ialah di pimpin oleh Orang Bodoh. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKAUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
.

kesian.. kecik2 dah jadi bahan politik...
BalasPadam